Aku Dan Kanser...
Assalamualaikum wbr,
Apa khabar semua? Mudah-mudahan rakan-rakan berada di dalam kesejahteraan dan lindungan Allah swt sentiasa hendaknya.
Wah! Tajuk entri hari ini, menakutkan? Oh tidak! Takkan aku kena kanser! Bagaimana perasaan anda jika tiba-tiba anda dikatakan ada penyakit kanser sedangkan selama ini anda sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom penghidap kanser. Mahu pengsan sambil berjujuran air mata?
Sedarlah wahai rakan-rakanku, penyakit kanser kini antara penyakit degeneratif yang mendominasi carta tertinggi penyakit di Malaysia malah di dunia. Bila disebut kanser semua beranggapan pesakit kanser akan berakhir dengan kematian segera, jika tidak pun akan mengambil masa beberapa tahun sahaja. Namun percayalah bahawa penyakit kanser kini seperti juga AIDS atau HIV yang amat ditakuti dahulu sebenarnya adalah penyakit yang boleh dikawal. Pesakit kanser boleh hidup normal seperti orang biasa sebenarnya.
Pokok pangkalnya bermula dengan sikap kita bila menerima berita tentang penyakit ini. Sewajarnya setiap orang harus bersedia dengan kemungkinan akan didiagnos kanser pada suatu hari. Bagaimana? "Aku tidak pernah terfikir akan ada kanser, macam mana nak bersedia akan dapat penyakit kanser.Fikir pun dah takut, inikan pula nak dapat penyakit tu! Tidak, karut.."
Karut atau tidak, percaya atau tidak kuasa Allah Taala tiada siapa yang mampu menghalang...jangan disangka panas sampai ke petang tetapi hujan di tengahari.
Mengapa saya ingin berkongsi entri pada hari ini?
Hampir tiga bulan yang lepas iaitu pada 21hb.Julai 2014 saya telah didiagnos menghidap kanser paru-paru stage 4. Pada 20hb. saya dimasukkan ke wad di Ampang Puteri Specialist Hospital kerana kesukaran bernafas selepas mengemop lantai. Pasa asalnya doktor mengesyaki saya menghidap Pnuemonia tetapi ujian darah normal dan sel darah putih saya juga normal. Setelah dijalankan beberapa ujian doktor mengesahkan saya menghidap kanser paru-paru. Bagaimana saya menerima berita ini?
Alhamdulillah, saya hanya tersenyum kepada doktor dan mengucapkan syukur di dalam hati setelah mendengar perkhabaran ini. Sebenarnya, perkara yang melibatkan kematian, penyakit dan kemalangan telah saya fikirkan sejak dahulu lagi...bagaimana untuk respon kepada perkara sebegitu sekiranya berlaku kepada saya. Pertama, saya mesti sedar dan redha bahawa setiap yang berlaku adalah perancangan Allah. Saya mesti terima dengan hati terbuka.Kedua, saya mesti fikirkan bahawa Allah amat sayang kepada saya, sebab itulah Allah beri saya ujian dan dugaan sebegitu. Ketiga, saya harus akui bahawa saya kuat dan tabah, kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuannya. Keempat, ujian penyakit merupakan salah satu cara Allah ingin menghapuskan dosa-dosa saya, beruntunglah saya kerana dosa-dosa akan berkurang.Kelima, Allah ingin menambahkan ilmu saya tentang penyakit kanser. Ujian ini juga merupakan pelajaran dan pengajaran kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang belum kena, hal ini menjadikan saya dan suami lebih menyelidiki tentang penyakit ini dan mencari seberapa banyak ilmu atau maklumat berkenaan kanser. Seterusnya ilmu dan maklumat berguna yang boleh membantu pesakit kanser yang lain dapat kami sebarkan.
Saya menolak rawatan di hospital kerana saya sedar bahawa rawatan hospital lebih memudarat dan menguntungkan pihak-pihak yang berkepentingan sahaja. Kini setelah hampir tiga bulan keadaan kesihatan saya bertambah baik, Alhamdulillah. Saya hanya menggunakan pemakanan yang berkhasiat tinggi, ayat-ayat Al Quran dan kaedah rendaman badan bagi merawat penyakit ini. Perubahan yang dirasai adalah saya sudah kurang batuk, tenaga bertambah dan rasa positif terhadap apa yang berlaku makin tinggi.
Saya sedar bahawa tidak semua orang boleh bertindak balas seperti yang saya lakukan tetapi inilah hakikat kehidupan yang perlu kita tempuhi.Lambat-laun maut pasti menjemput kita sama ada kita sudah bersedia atau tidak.Alhamdulillah, Allah telah memberikan 'amaran'Nya kepada saya supaya saya membuat persiapan rapi.Walaubagaimanapun, kita tidak seharusnya kecewa dan berdukacita, bergembiralah dan nikmatilah kehidupan yang masih ada sebaiknya. Perbaikilah kekurangan, hiasilah kelemahan dengan amalan-amalan yang mendekatkan kita kepada Sang Pencipta, nescaya kita akan beroleh ketenangan. Percaya dan yakinlah bahawa Allah akan menyembuhkan kita....InshaAllah.
Jadi....kepada rakan-rakan yang senasib dengan saya, 'Kita lawan hingga keakhirnya, jangan putus asa, kita ada antara satu sama lain yang sentiasa menyokong'....

Comments
Post a Comment