Dah Makan Supplemen Pun Sakit Juga!...

Assalamualaikum wbr.........

Amboi statement! Macam tak puashati je....memang tak puashati ni...adalah 'hamba Allah' yang mempertikaikan qada' dan qadar Allah Taala.

Sememangnya saya pengguna supplemen tegar, segala yang terbaik saya makan kerana saya pernah sakit suatu ketika dahulu..pihak hospital pun tidak dapat menyelesaikan masalah saya, tetapi setelah mengambil supplemen secara drastik penyakit Endometriosis, Migrain dan kemurungan saya hilang begitu sahaja. Cyst saya tidak perlu dibedah...sinus pula bertambah baik. Setelah kesihatan agak baik, saya mula mengurangkan dos sehingga kadang-kadang terlupa makan...dah baik katakan...makan pun main-mainlah!

Rupa-rupanya saya silap...sepatutnya saya meneruskan dos asal sampai bila-bila..saya sangka saya tak akan dapat penyakit lain, sangkaan saya jauh meleset. Kini dapat penyakit kanser pula!

Walaubagaimanapun, saya tidak menyalahkan vitamin atau supplemen yang saya makan itu tidak berkesan atau seumpamanya...harus difahami, juga perlu diterima hakikat kehidupan hari ini amat mencabar...badan kita memerlukan zat yang secukupnya untuk melindungi badan daripada serangan radikal bebas yang berpunca daripada stress berlebihan, pencemaran makanan (pengawet, perasa, racun perosak, baja kimia dan perwarna) dan pencemaran udara. Tidak cukup dengan mengambil makanan harian seperti biasa kerana kebanyakan makanan kita sudah tercemar dan rosak...apa yang kita makan itu kadang-kadang 'hampas' sahaja kerana zat-zatnya sudah hilang semasa memasak atau menyimpan.

Oleh kerana saya memahami tentang pemakanan berkhasiat tinggi diperlukan oleh badan kita, jadi saya masih meneruskan pemakanannya walaupun sudah sihat. Dalam pada itu, saya percaya sakit, ajal maut sudah ketentuan Ilahi. Kita tidak boleh lari walaupun diperisaikan tubuh badan kita dengan kereta kebal sekalipun. Jadi saya ambil langkah pencegahan...namun kuasa Allah itu lebih hebat...Dia mahu menduga saya lagi...diberikan lagi penyakit. Alhamdulillah...syukur...itu tanda Allah masih sayangkan saya. Dia mahu saya tidak lupa mengingatiNya...

Kepada 'hamba Allah' yang berkenaan, sedarlah bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan kita ini adalah di dalam perancangan Allah Taala, kita melakukan yang terbaik untuk melindungi anugerah tubuh badan yang diamanah untuk kita jaga sebaiknya. Jika kita sudah jaga, Dia mahu beri penyakit, itu hak Allah, bukan hak kita untuk menghalang........Sebagai umat Islam seharusnya kita beriman dengan qada' dan qadar...jika masih menyalahkan supplemen tidak melindungi kita walaupun dah makan 'bergantang' itu tidak beriman dengan qada' dan qadar namanya!..........

Comments

Popular Posts