Fruits and Nuts Salad

Assalamualaikum wbr...

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat menjalani ibadah korban. Semoga ibadah yang dilakukan diterima Allah swt.

Menu hari ini adalah menu berbuka puasa 8 Zulhijjah yang lalu. Saya buat menu ringkas sahaja memandangkan tak boleh makan macam-macam.Walaupun ringkas tetapi berkhasiat.




Bahan-bahannya:

1/2 biji nenas 
1 biji avocado 
1 biji kiwi 
1/4 biji betik 
Pecan nut
Almond nut
Garam himalaya secukup rasa

Cara-caranya:

Potong kiub semua buah-buahan. Gaul semua bahan di dalam mangkuk dan bolehlah dihidangkan. Jika ingin rasa sejuk, simpan di dalam peti sejuk sebentar.



Senang sajakan?

Comments

Popular Posts