My 3rd. Chemotheraphy...

Assalamualaikum wbr....

Alhamdulillah, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Rawatan kemoterapi yang ke 3 berjalan lancar pada hari ini..sebenarnya saya sedang buat rawatan kemo sambil menulis entri ini...



Hari ini saya menjalani sessi kemo untuk cycle ke 2, hari pertama. Pada 1/4/15 nanti saya akan menjalani kemo hari ke 8, cycle ke 2..kemudian berehat selama 2 minggu sebelum mula cycle ke 3.

Yelah masa 3 jam ini jika tidak diisi dengan sesuatu aktiviti akan terasa lama. Jadi saya teringat untuk update sesuatu di blog. Alhamdulillah, kemo kali ini pun sama seperti yang lepas-lepas, tiada masalah setakat ini dan saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan proses rawatan ini hingga ke akhirnya. 



Sekarang sedang menunggu ubat kemo pertama habis. Masih berbaki 112ml untuk habis.Kemudian masuk ubat ke dua selepas Sodium Chloride dialirkan selama 20 minit.Selepas habis ubat kedua, baki Sodium Chloride dihabiskan dan jururawat onkologi akan buat 'flushing' dan mencabut jarum dari chemo port.

Malam ini boleh balik rumah jumpa suami dan anak-anak.. Kasihan mereka saya tinggalkan sejak pagi semalam. Pagi semalam hanya buat ujian darah. Saya dibenarkan ' home leave' tapi saya lebih selesa tinggal terus di wad agar dapat rehat yang berkualiti.


Comments

Popular Posts