Chocolate Lava Cake
Assalamualaikum wbr....
Sejak menjalani kemoterapi ini selera makan saya makin bertambah tetapi berat badan masih lagi belum naik kerana saya masih lagi menjaga pemakanan. Walaupun doktor mengatakan tiada pantang larang makan, tetapi kita sendiri pandai-pandailah memilih makanan yang sesuai.
Doktor juga menggalakkan pengambilan makanan tambahan (supplement) kerana di dalam preskripsi doktor terdapat multivitamin. Namun begitu saya menolak untuk mengambilnya dan saya menunjukkan kepada doktor vitamin-vitamin yang saya makan selama ini..menurut doktor tiada masalah untuk saya meneruskannya kerana kandungan multi vitamin dan multi mineralnya lebih baik daripada yang dicadangkan oleh doktor tersebut.
Disebabkan selera meningkat, saya sering menonton 'you tube' untuk melihat pelbagai resepi yang ada...sekadar hiburan dan menambahkan ilmu...bukannya saya hendak memasak kesemuanya...tetapi saya berkenan untuk membuat Chocolate Lava Cake untuk anak-anak kerana ianya mudah dan ringkas.
Imej pinjam dari Google kerana tak sempat ambil gambar....
Bahan-bahan
150gm dark chocolate
80gm salted butter
3 biji telur
2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu tepung gandum
1 sudu serbuk koko
Cara-cara
1. Panaskan oven 180 darjah celsius.
Cairkan butter & dark choc secara double boil. Ketepikan, biar sejuk sebentar.
2. Pukul telur, gula & esen vanilla dengan mixer..
3. Masukkan choc cair tadi sikit2 sambil pukul..jangan masuk masa choc masih panas.
4. Masukkan tepung & serbuk koko, kacau sehingga sebati.
5. Griskan bekas dengan butter..masukkan adunan sehingga 3/4 penuh bekas tu..
6. Bakar dalam oven selama 13-15 min. Kalau bekas kecik 13 min je.
7. Terbalikkan kek dan bolehlah ditabur icing sugar serta dihias dengan buah-buahan serta dihidangkan bersama aiskrim vanilla.
Selamat mencuba...memang berbaloi, tak payah beli di luar..boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk beberapa hari, cuma panaskan sahaja jika ingin menikmatinya.
Comments
Post a Comment