Life Back To Normal...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, semalam telah selamat menjalani kemoterapi yang ke 3. Malam semalam sudah pulang ke rumah...subuh tadi sudah memulakan aktiviti seperti biasa, menghantar anak sulung ke sekolah.

Balik dari sekolah, rutin kerja rumah yang biasa perlu diselesaikan..Jam 10.00 pagi hantar anak bongsu pula ke sekolah. Pulang dari sekolah, sambung kerja yang belum selesai...

Jam 12.50 tengahari ke sekolah semula untuk menjemput anak sulung yang keluar pukul 1.05 petang. Sampai di rumah, makan tengahari dan sebagainya..sambung lagi kerja rumah.

Kemudian buat kerja-kerja setiausaha sebentar (biasalah bila jadi setiausaha kepada suami, segala urusan bil, perbankan, surat dan macam-macam kitalah yang buat)...selepas selesai barulah ada peluang nak update blog ini...

Alhamdulillah, hari ini rasa sihat...lebih bertenaga daripada kemo yang pertama dulu...belum pun melelapkan mata lagi siang ini...ada saja yang hendak dibuat...sebenarnya itulah yang terbaik daripada berehat yang berlebihan..saya memang aktifkan diri..tidak melayan sangat rasa malas dan penat walaupun tidak sepenat orang lain selepas kemo..kerana apabila bergerak aktif, saraf-saraf saya juga aktif, ia juga membantu tidak berlakunya pembekuan darah di dalam salur darah...

Saya juga akan memulakan semula rutin 'brisk walking' yang telah lama ditinggalkan sejak berulang alik ke hospital. Kini saya telah dapat tempat yang lebih sesuai untuk melakukan aktiviti tersebut iaitu di Kompleks Sukan MSN, Wangsa Maju...secepat mungkin akan saya mulakannya...rasa tak sabar untuk mengembalikan kehidupan seperti beberapa tahun yang lalu, di mana saya mampu melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya tanpa henti dari pagi hingga malam...namun saya harus akui..saya perlu bermula perlahan-lahan kerana saya masih belum pulih sepenuhnya dan badan saya tidak boleh 'overwork' walaupun semangat membara...bersabar ye Nor! Masanya akan tiba nanti...Inshaallah..

Dan malam ini...seperti biasa akan ke kelas Al Quran di masjid..

Sekian coretan untuk hari ini...

Comments

Popular Posts