20 Tahun Tak Jumpa....

Assalamualaikum wbr....

Hari ini saya sangat teruja kerana dapat bertemu dengan rakan sekelas di ITM dahulu setelah 20 tahun tidak bertemu.Ini satu pertemuan yang paling bermakna.



Kebetulan semalam 23/3/15 saya 'readmit' untuk buat ujian darah dan kemoterapi pada 24/3/15. Seorang daripada saya ini, Kak Zu sedang bercuti di tanah air sambil membuat urusan memperbaharui passport, lesen memandu dan sebagainya. Beliau kini tinggal di Dakhran, Arab Saudi mengikut suaminya bekerja di sana.

Manakala seorang lagi rakan, Anis dari UITM, Pulau Pinang. Beliau sering berulang-alik ke Shah Alam kerana sedang menyiapkan kursus PdD nya.


Mereka melawat saya di wad..Kak Zu datang dengan ole-ole buah tin, coklat, sepasang jubah dan wang tunai Rm500....Masyaallah...Subhanallah...Alhamdulillah...itulah namanya rezeki orang sakit...orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa...hanya doa sahaja yang mampu saya hadiahkan untuk rakan-rakan yang prihatin dan ikhlas.

Memang seronok berbicara apabila dah lama tak berjumpa..macam-macam cerita yang nak di kongsikan. Tak terasa masa begitu pantas berlalu dan mereka pun terpaksa mengundur diri untuk menyelesaikan pelbagai urusan lagi...

Terima kasih Kak Zu dan Anis atas masa yang amat berkualiti ini.Semoga persahabatan kekal selamanya..Inshaallah ada rezeki, panjang usia kita bertemu lagi...

Comments

Popular Posts