Sepetang Yang Sempoi!

Assalamualaikum wbr dan selamat petang semua!

Apa khabar anak-anak Ummi? Semoga sihat sejahtera dan ceria2 di awal minggu ni...Hai! Banyak kerja nak diuruskan...kain baju, rumah nak dikemas, nak masak...alahaii! Tadi dah setengah pagi menguruskan hal anak...nasib baik hujan petang ni, adalah alasan tak jadi pergi ke sekolah untuk pendaftaran sekolah menengah anak, esoklah pergi! Terfikir2 nak buat macam2 untuk minum petang tapi kesudahannya jadi apa?

Hari ni menu roti bakar saja...sebenarnya ini cuma catatan Ummi saja tentang fotografi saja bukanlah nak cerita pasal roti bakar.Semua orang tahu buat roti bakar...Ummi ni sedang cuba memahami setting kamera dan sebagainya...selama ini shoot guna mode auto saja tapi kali ni cuba manual pulak.Inilah nak tengok hasilnya, jadi shoot sajalah apa2 pun.

Kepada photographer yang dah pro dan punya kamera yang canggih2 tu, janganlah gelak ye! Ummi ni 'budak baru belajar' dan blog ini merangkap diari juga tempat merekod segala aktiviti dan apa jua maklumat yang Ummi nak gunakan kemudian hari..

Inilah hasilnya percubaan Ummi....




Try guna mode 'Sepia'...

Hero sulungku...dah penat bermain!

 Bunga kat rumah jiran sebelah



Rumah jiran berlatar- belakangkan bukit-bukau dalam jarak lebih kurang 50m dari rumah kami.

'Tom' kesayangan dan penghibur hati kami walaupun hanya 'kucing angkat'....

Inilah aksi Tom yang paling Ummi sukai dan aksi meniarap 'panjang'.

 'Warm and Cool'


Dan lagi....DI SINI

Comments

  1. salam noor cantik dh gambar nya tu :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam Ina...Alhamdulillah, bolehlah sikit2 rasanya tu..ni yg jadi bertukar minat pulak ni...lebih nak mendalami fotografi, masak2 jugak tapi rasa malas pulak nak shoot bila rasa takde tempat yg betul2 sesuai di rumah ni utk dapatkan natural light, kat attic tu tinggi sangat dan jiran boleh nampak juga bila buka pintu...

    Bila nak datang rumah ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts