Santai Petang!

Assalamualaikum wbr dan selamat petang semua buat teman dan anak2 Ummi.




Bersua kembali di hari Khamis yang mulia.Pejam celik-pejam celik dah hujung minggu ye...Banyak perkara yang perlu diselesaikan sambil melayan tetamu2 sepanjang hari raya yang lalu dan beberapa hari ini.Tak berkesempatan Ummi nak update blog ini dengan entry baru.



Sudah minum petang semua? Petang ni Ummi hidangkan menu kek saja untuk keluarga tapi tak sempat juga nak ambil gambar yang menarik.Cuma sempat shoot baki-baki saja, takpelah...sekadar rekod aktiviti Ummi sajalah ni.



Menu petang ni adalah Kek Kukus Hujan Panas-Ummi suka panggil 'Hot and Shower Cake' dan Kek Coklat Kukus.Kek2 ni dibuat semalam dan hari ni.Kek coklat ni rasa2nya dah 6-7 biji dah sejak 2 minggu lepas.Permintaan memang hangat dari ahli keluarga, satu loyang boleh habis dalam masa 5 minit aje!Tak percaya, tanyalah Kak Ummi atau Kak Ita, memang sedap kek ni.Mereka dah buat dulu2 lagi.Kek Hujan Panas tu pun tak kurang hebatnya, Ummi suka sangat tengok warna-warni tu...Untuk kedua2 kek tu boleh tengok di blog KAK ITA dan KAK UMMI.



Untuk mendapatkan resepi dan cara-cara penyediaan kek-kek ini sila rujuk di blog Kak Ita dan Kak Ummi.Cuma kek coklat tersebut Ummi kukus tak bakar sebab nak cepat.




Alamak! Gelapnya tak berapa nampak tekstur kek tu...kena perbaiki lagi mutu gambar ni...



Warna-warni yang ceria seperti cuaca sekarang ini...kejap hujan kejap panas, kadang-kala hujan panas, maka timbullah Sang Pelangi yang berwarna-warni...sungguh menawan!





Inilah saja untuk petang ini...mudah-mudahan hari esok sempat menyediakan menu yang baru pula, InshaAllah! Wassalam dan selamat berhujung minggu.

Comments

Popular Posts