My Baby!

Assalamualaikum wbr dan selamat malam...

Ni dah tak ada kerjelah ni...actually kalau nak cari kerja, berlambak-lambak kerja boleh dibuat tapi dah malam-malam begini rasa nak bersantai sajalah.Sambil meninjau dapur rakan-rakan, cari menu untuk masak esok teringat LINA bertanya tentang kamera apa yang Ummi guna tempoh hari. So Ummi pun carilah maklumat tentang kamera ni.



Memang berbaloi sangat membelinya bagi Ummi yang tak pro dan bagi orang-orang yang nak jimat 'bugdet'. 'Features'nya hampir menyamai kamera DSLR yang mahal-mahal tu tapi apa guna membeli yang mahal-mahal kalau tak tahu guna, ye tak? Yang ini pun Ummi belum 'khatam' lagi dan banyak 'features' perlu di'explore'.



Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang kamera ini sila rujuk FUJIFILM FINEPIX HS10 . Setakat blog itu ditulis hanya ada 2 kamera seumpama ini di dunia.Satu lagi jenama Olympus. Movie yang dihasilkan sangat cantik dalam bentuk Full HD.Tak perlu beli atau guna 'camera video' berasingan, senang kerja!

So kepada sesiapa yang masih mencari-cari kamera Digital Compact yang berbaloi-baloi, Ummi cadangkan belilah yang ini...dah pro nanti belilah kamera DSLR pula...heheheh...tapi ada 'feature' lensa kamera ini yang lebih baik dari kamera DSLR pun...pilihan di tangan masing-masing...budget masing-masing...hehehe...

Gambar-gambar yang Ummi ambil di dalam blog ini menggunakan kamera Panasonic LUMIX dan yang inilah tapi sejak bulan September 2011 ke atas Ummi gunakan kamera Fujifilm sepenuhnya. Kalau gambar tak cantik tu bukan salah kamera tapi salah Ummilah yang tak pandai-pandai lagi nak shoot gambar-gambar yang menarik cun-melecun!

Gambar ini Ummi ambil menggunakan kamera Fujifilm ni tapi 'snap' terus dari buku Alex Goh, macam ambil gambar cup cake sebenarkan?Cuba lihat SINI .

Selamat malam semua!

Comments

  1. salam noor - kamera ni mmg khas nak letak gambar makanan bila dh siap di masak kan. menarik la noor

    ReplyDelete
  2. Wsalam Ina...sebenarnya untuk semua tujuan...janji tahu guna je..pasti semua gambarnya cantik.Nanti sy letak sikit contoh gambar2 lain tapi sy ni tak pandai sgt lg..tak le secantik pakar yg shoot!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts