Selamat Hari Raya Aidil Adha!


Assalamualaikum wbr buat semua muslimin dan muslimat...

Mudah-mudahan Aidiladha ini disambut  dengan penuh kemeriahan. Bukan kemeriahan berbelanja untuk pakaian baru, perabut baru, pelbagai juadah memenuhi meja tetapi kemeriahan bertakbir dan bertahmid memuji Ilahi, Allah swt..Yang Maha Agung, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Meriah dengan dengan ibadah korban di merata-rata tempat, meriah dengan bersedekah kepada fakir dan miskin.....

Di kesempatan yang terbatas ini Ummi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban buat semua rakan dan sahabat, keluarga dan anak-anak Ummi yang tersayang. Ummi ingin memohon jutaan keampunan kiranya ada salah dan silap sama ada yang disedari atau tidak disedari, halalkan segala yang termakan dan terminum.

Semoga kita masih dipanjangkan usia untuk bertemu lagi dan menjalankan ibadah korban pada tahun hadapan, InshaAllah.

Ummi ingin memohon maaf sekiranya tidak dapat 'update' blog ini buat beberapa hari ini dan akan datang kerana banyak tugasan dan urusan yang perlu disempurnakan, maklumlah sanak-saudara berkumpul di rumah Ummi dan tentu sekali melayan dan memuliakan tetamu urusan yang harus diutamakan.

Hingga bertemu lagi...Wassalam.

Comments

  1. Salam edi adha noor dan keluarga...bila nak merasa masakan noor ni....

    ReplyDelete
  2. Wsalam, Ina jemputlah ke rumah weekend ni ke tapi bagitau awal2 sikit ye, bolehlah prepare tapi hari sabtu ada kenduri di Ampang.Sebelah petang ke malam, dipersilakanlah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ummi....
    Salam Aidil Adha harap2 akak masih belum terlambat lagi..

    Insyaallah akak masih lagi dalam proses menyiapkan satu N3 Fotografi..
    masih lagi sedang mencari bahan dan mengumpul maklumat.. maklumlah akak bukan pro.. main tembak2 aje..
    nanti akak sharekan.. bila akan dah dapat kumpul semua bahan
    ada kala susah nak tunjukkan caranya sebab akak hanya ada satu camera aje.. tapi akak akan cuba buat yg terbaik bagi memudahkan semua adik2 akak ni untuk buat rujukan..

    salam dari Azlita Masam Mannis :D

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam K.Ita,

    Terima kasih banyak2 akak..saya pun ada juga buat rujukan di blog2 fotografi tetapi masih belum dapat skillnya.Rasanya saya kena dalami dan fahami kamera saya dengan detail dulu.Masih lagi nak 'bermesra' dengan kamera ni.

    Apa2 pun saya sangat seronok dapat berkenalan dengan K.Ita,mungkin boleh bersua muka suatu hari nanti ye!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts