Puding Coklat Oreo

Assalamualaikum dan selamat petang semua buat teman dan anak-anak Ummi.



Hujung minggu yang sibuk buat kebanyakan ibu2, ada anak2 yang dah mula bercuti, ada undangan pertunangan atau perkahwinan yang perlu dihadiri dan tak kurang juga ibu2 yang berkerja shif pada hari ini.Semoga masih sabar dan tabah menghadapi tugasan harian yang tak pernah habis.



Apa menu petang ni ye? Bagi ibu2 yang sedang bercuti tu mungkin telah merancang dan menyediakan menu2 hebat buat keluarga tersayang. Bagi Ummi hari2 menu yang disediakan walaupun sedap atau tak sedap mulut merasa, mata memandang tetap istimewa kerana hasil masakan sendiri untuk juadah keluarga dan Alhamdulillah anak2 Ummi dan suami tidak cerewet dan menghargai apa saja yang disediakan.

Alhamdulillah...jadi juga untuk percubaan pertama.Risau juga takut jadi macam CMG! Terima kasih Kak Ita atas eksperimen yang dijalankan.

Oklah, petang ni Ummi nak kongsikan menu yang nampaknya telah dicuba oleh ramai teman2 blogger kita seperti Kak Ummi, Kak Ita, Che Mat Gebu dan ramai lagi, iaitu Puding Oreo. Dalam banyak2 puding yang dipersembahkan, puding KAK ITA lah yang paling menawan kalbu...beliau memang kreatif dan teliti dalam memberi persembahan setiap masakan beliau, tabik Kak Ita!



Jom kita tengok resepinya. Mohon copy & paste Kak Ita ye...terima kasih banyak2.

CHOC OREO JELLY
By : Ros


1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko
 
 Yin ni! Biskut Oreo memang kegemarannya...tak sabar2 nak ambil tu..

Cara-cara:

Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.

Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.









Aduuhhh! Kelihatan tadi cahaya terang benderang tapi mengapa bila dah jadi gambar gelap juga? Ada sesiapa boleh tolong?

cara  kak ita

Setelah agar2 dan gula larut, beliau masukkan susu dalam agar2.
Kalau nak letak koko, kita bancuh dulu dengan sedikit air panas dan tuang sekali dalam agar2.
Serbuk oreo, beliau letak dalam acuan.
Kemudian tuangkan agar2 dalam acuan yang dah ada oreo tadi.

Selamat mencuba!




Comments

Popular Posts