A Weekend At AS Equestrian


Assalamualaikum...bertemu kembali di awal minggu. Saja2 untuk selingan dan promo...kali ni Ummi nak share dengan kawan2 semua satu tempat belajar menunggang kuda yang murah dan yang penting jurulatih2 yang amat mesra serta tidak lokek ilmu. Kedatangan kita disambut bagaikan saudara sendiri. Pertama kali datang dan bertemu mereka pada hujung tahun lepas, kami dah begitu mesra.

Bukan sahaja setakat di 'stable' kemesraan terjalin tetapi silaturrahim berpanjangan sampai ke rumah...pemilik, En.Azwan dan Pn.Saadiah sudi bertandang ke rumah kami.

AS Equestrian dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera Melayu. Terletak di Kg.Rawa Hilir, Lenggeng, Negeri Sembilan (45 minit perjalanan dari KL). Belum setahun jagung tetapi sambutan kepada 'stable' ini amat menggalakkan. Mereka mempunyai jurulatih professional terdiri daripada anggota PDRM yang amat mesra. Yuran yang dikenakan amat berpatutan berbanding dengan 'equestrian' lain di KL.

Kini terdapat 16 ekor kuda milik AS Equestrian dan milik persendirian.

Ruang rehat...hidangan turut disediakan oleh pemilik kepada para pelajar dan tetamu. Makanannya pun sedap!

Kawasan meletak kenderaan yang luas.

Arena...tempat pelajar2 baru akan diajar asas menunggang kuda.

Arena...bagi pelajar yang dah 'advance', mereka akan dibawa 'jungle trekking'..

Peralatan menunggang kuda...setiap peralatan ditag nama2 kuda...

'Supreme'...kenapa sedih jer? Teringat kisah lalu ke?

Ini ibu dan anak kuda Pony...anak baru berusia 6 bulan..diberikan oleh Jabatan Haiwan.

'Stable' atau kandang2 yang terdapat di sini, banyak lagi...cuma tak ambil gambar semua!

Antara kuda yang ada di situ, tak tahu pulak namanya yang ini...

Ini 'Lucky' ex-racing horse. The biggest horse here, 6 feet tall...cukup jinak dan manja...sungguh kagum dengan haiwan ini, hentakan kaki yang mantap, badan yang tegap, bulu2 yang lembut...akan datang lagi untuk bermain dengannya nanti...

Inilah dia Abang Wan...

Anak2 pun kagum dengan 'Lucky'...

'Supreme' dan Hubby...'Supreme' yang tadi kelihatan sugul kini menyapa mesra Hubby...memohon maaf atas kemalangan yang disebabkannya 4 bulan lepas...bukan disengajakan 'Supreme'...janganlah sedih.Kelihatan di sini ia masih ingat kepada Hubby dan ia seolah2 menyesali kemalangan tersebut, syahdunya kelihatan mereka berdua. Begitulah perasaan apabila telah mengenali haiwan ini dan apabila haiwan ini mengenali kita...Selepas 6 bulan baru Hubby boleh menunggang kuda semula apabila tulang belakangnya benar2 pulih setelah patah pada Januari yang lalu. Kuda ni yang jatuh, dia pun terjatuhlah sekali...Alhamdulillah..kini hampir 100% pulih...cuma datang ke sini untuk menziarahi rakan2 yang prihatin kepada kesusahan kami dan untuk melepas rindu kepada haiwan2 ini...

Comments

Popular Posts