Bubur Durian & Jagung


Assalamualaikum...dan selamat malam semua...belum masuk tidur lagi ke? Hakim...esok sekolah, tidur sekarang! Begitulah dialog ibu kepada anak2, bila dah malam2 ni...tapi sebenarnya diaorang ni tak susah pun nak masuk tidur...biasanya jam 9 tu dah tau apa yang patut mereka buat tapi sajalah ibu2 ni suka mengarah anak2 itu dan ini...

Oklah...malam ni nak share sikitlah menu siang tadi...sekarang nikan musim durian. Rata2 kelihatan pelbagai menu durian, Ummi pun nak ambil kesempatan jugalah sempena musim durian ni...kalau tak buat, lambat lagilah nak tunggu musim durian kembali..


Bahan-bahan:

4-5 ulas durian gred baik
5 tongkol jagung manis-raut isinya
2 sudu besar sagu halus
1 keping kecil gula kerek/gula melaka
3 sudu besar gula-ikut kemanisan masing2lah
2 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
100 ml santan pekat
500 ml santan cair

Cara-cara:


~Masukkan durian, jagung, daun pandan, gula kerek/gula melaka, sagu, garam dan santan cair ke dalam periuk.

~Renihkan di atas api yang sederhana sehingga gula hancur dan jagung masak.

~Tambahkan gula pasir dan santan pekat.Kacau sehingga gula larut dan mendidih sebentar. Tutup api.

~Angkat dan hidangkan.

Durian seulas tu hanyalah hiasan...yang lain2 tu dah hancur bersama jagung tuu...

Makan Dengan Kedua-dua Belah Tangan

Jangan menggunakan kedua-dua belah tangan untuk makan, melainkan jika makanan tersebut memerlukan penggunaan kedua-duanya.

Comments

Popular Posts