Hari Ibu Masjid Bukit Antarabangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bertemu kembali kita di pagi hari Isnin.

Eee..geram betullah sebab ada post yang telah di'publish' tiba2 hilang...check2 rupanya masih duduk dalam 'draft'.Kelmarin blogger buat hal, tak boleh open...2-3 kali try open tapi failed. Tup2 hari ni bila boleh open dah hilang pulak...dan kenalah publish sekali lagi..


Hari ni Ummi cuma nak kongsikan sedikit gambar2 sekitar sambutan Hari Ibu pada 14hb.Mei 2011 yang lepas di Masjid Bukit Antarabangsa. Gambar2 ni Ummi cuma sempat ambil pada program sessi petang sahaja. Semasa program ceramah 'Ibu Alaf ke 21-Peranan dan Cabaran' oleh Hjh.Dr.Roselainy Abd.Rahman, Pensyarah UTM dengan kerjasama IKRAM...Ummi tak bawak kamera sebab nak cepat...so takdelah gambar2 masa ceramah tu. Walaubagaimanapun, intipati ceramah tersebut banyak memberi panduan kepada ibubapa pada hari ini. Cabaran2 ibubapa pada hari ini dalam membesar dan mendidik anak2, masalah2 sosial, pengaruh teknologi kepada anak2, peranan masyarakat dalam mentarbiah anak2 adalah antara isu2 yang dibincangkan di dalam ceramah tersebut. Program diakhiri dengan sessi soal jawab, cabutan bertuah, makan tengahari dan solat zohor berjemaah.


Manakala program pada petang itu pula adalah untuk merai dan menghargai ibu2 dengan mengadakan sessi demonstrasi penampilan diri (sessi solekan oleh make up artist TV3)dengan kerjasama D'naveche)...part ni Ummi boringlah sikit...tak sesuai dengan Ummilah...tapi demi untuk memberi kerjasama bagi menjayakan program yang telah dirancang, Ummi pun tunggulah. Sementara itu, cabutan bertuah diadakan....dan Ummilah orang yang pertama bertuah pada petang itu...dapatlah hamper untuk dibawa pulang...wah seronok sakan anak2 Ummi ni ye...tak sabar2 nak membuakanya..


Di samping itu, diumumkan juga penerima anugerah Ibu Paling Tua, Ibu Muallaf, Ibu Yang Mempunyai Anak Paling Ramai dan Ibu Berpenampilan Paling Menarik. Sessi petang ni berakhir dengan acara memotong kek oleh ibu2 terpilih tadi, minum petang dan solat asar berjemaah.

Penerima anugerah Ibu Paling Tua.Alamak! Malunya...terlupa nama nenek ni pulak...actually masa diumumkan tu, tak berapa jelas kedengaran...nenek ni dah berusia 92 tahun tapi masih kelihatan sihat dan cantik..rahsianya banyak minum air masak, mengamalkan minuman air halia, makan banyak buah2an, sayur2an, tidak makan ayam dan sentiasa membaca Al Quran.Ooo...itu rahsia nenek ye!


Penerima anugerah Ibu Muallaf...Makcik Thuraya Abdullah..seorang yang amat pemurah.Terima kasih Makcik di atas sumbangan2 yang telah dihulurkan.Semoga Allah membalas segala jasa baik Makcik, InshaAllah.


Makcik Minah yang sporting...baru lepas di'make-up' tuu...muda 20 tahun Makcik!!!

Penerima hadiah cabutan bertuah...kalau tak silaplah!

Kak Ros..keletahnya menghiburkan.MC sebelah petang...ni cikgu favorite anak2lah ni!


Kak Mas...dah tersandar keletihan tuu...sejak pagi lagi sibuk menguruskan program dan jadi MC sebelah pagi tadi.


Amboi Mami! Seronoknya nyembang...ni Mami Zarela yang sentiasa ceria dan peramah, semuanya dianggap seperti ahli keluarga. Terima kasih Mami dan Papa Rawi atas keprihatinan terhadap kami sekeluarga di saat2 kami diduga musibah.


Ni orang kuat MBA...tak kenal penat-lelah, sentiasa sibuk menguruskan pelbagai program.


Kesian...Kak Nita...dah kepenatan amat tu...bertungkus-lumus berhari2.Ni antara orang kuat MBA, sentiasa sibuk.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Ajk MBA yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Mudah2an akan ada penambahbaikan di tahun2 akan datang, maklumlah ni tahun pertama dianjurkan program Hari Ibu ini..pasti ada kekurangannya.

Comments

Popular Posts