Red Spinach Clear Soup
Assalamualaikum wbr...selamat berhujung minggu bersama keluarga dan ibu2 tercinta. 'SELAMAT HARI IBU' buat semua ibu. Semoga sentiasa sejahtera dan berbahagia hendaknya. 'SELAMAT HARI IBU' buat diriku....
Sambil meninjau2 blog rakan2 tadi...terfikir pulak nak check post2 yang belum di'publish'...so terjumpalah yang ini.Menu sayur yang amat simple, menu yang aku seorang saja akan makan sampai licin atau jadi tukang menghabiskannya...anak2 memang tak gemar sayur lembik2 macam ni, kalau jenis salad2 tu okaylah.Tak special pun menu ni tapi untuk koleksi peribadiku dan untuk anak2ku, aku masuk ajelah dalam blog ni...
Bahan-bahan:
1 ikat bayam merah-cuci bersih dan potong
1 biji telur
4 ulas bawang- putih-ketuk
1 kiub pati ayam
Garam secukupnya-Ummi tak tambah
1/2 biji bawang besar-hiris
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Bawang goreng
Cara-cara:
~Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
~Masukkan air dan kiub pati ayam, biarkan mendidih sebentar.
~Masukkan pula sayur bayam tadi, kacau sebentar.Tambahkan pula telur sambil dikacau2.Apabila semuanya telah masak, boleh diangkat dan hidang.Taburkan bawang goreng (kalau boleh buat sendiri, lagi sedap).
Allah Yang Menetapkan Apa-apa Yang Halal Dan Apa-apa Yang Haram
'Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa-apa yang telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.'
(Surah Al-Maidah:87)
salam nor sayur kita sama...sedap kan masak air cam gini..anak2 pun suka makan....lawan dengan ikan bakar susu...sedap :)
ReplyDeletecayalah!
ReplyDelete