Pengat Labu
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ni Ummi buat pengat labu, favourite Wan kamulah Hakim.Diakan suka makan kuih2 ni..terima kasih sebab Hakim tolong Ummi tadi, excited benar Hakim kalau Ummi ajak tolong masak yek..tapi janganlah ada musim2nya.Kena tolong selalulah..
Bahan-bahan:
1/2 biji labu kecil-buang kulit dan potong seperti dalam gambar
1 biji kelapa + 2 gelas air-Ummi blend dan perah santannya
1/2 sudu teh garam
1 keping gula melaka
2 helai daun pandan-disimpul
Gula secukup rasa
3 sudu besar sagu halus
Cara-cara:
~ Perah santan ke dalam periuk, masukkan labu yang telah dipotong, daun pandan, gula melaka, gula, sagu dan garam.
~ Renihkan di atas api yang kecil dan tutup periuk supaya labu cepat empuk.
~ Apabila labu empuk bolehlah dihidangkan.
~ Boleh juga dimakan sejuk2 bagi yang sukalah...simpan dalam peti sejuk dululah.
Comments
Post a Comment