Ayam Goreng Mayonis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...minggu ni ramai yang bercuti ye..Ni mesti ramai yang sedang mencuba2 resepi baru kat dapur tukan..kan?Apa2 pun selamat memasak buat semua..tak lupa juga nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat rakan2, jiran2 yang merayakannya dan buat rakan2 lain selamat bercuti..Kepada yang pergi melancong tu, hati2 di jalan raya terutamanya musim2 hujan dan perayaan begini.
Dah lama asyik masak ikan hari ni Ummi nak masak ayamlah pulak tapi resepi hari yang simple aje, sebab nak cepat.Resepi ni diadaptasi dari pada sebuah majalah (tak ingat pulak apa namanya) dulu2..so, jom...
Bahan-bahan:
10 ketul kepak ayam & drumet
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Cara-cara:
~ Cuci bersih kepak ayam.
~ Perapkan dengan bahan2 di atas sekurang2nya 1 jam.Kalau nak perap semalaman lagi bagus kerana rasanya akan lebih 'mesra'.
~ Kemudian gorenglah hingga keperangan dan hidangkan dengan nasi.
Juga boleh dimakan begitu saja...anak2 mesti suka dan ratah macam tu jer..macam anak2 Ummilah ni..
Selamat menjamu selera...anak2 tinggal kat Ummi sikit...
Comments
Post a Comment