Maulidur Rasul


Assalamualaikum wbr...dan Salam Maulidur Rasul kepada semua teman dan anak2 Ummi.Hari ni semua bercuti dan nampaknya ramai ke masjid2 dan surau2 bagi meraikan hari kelahiran Rasullullah SAW sambil berselawat ke atas baginda.

Anak2 Ummi pun tak nak ketinggalan, pagi2 lagi dah bersiap nak ke masjid dan menggesa ummi supaya cepat2 ke masjid sampai tak sempat nak bersarapan. Sampai2 di masjid, perarakan dah nak bermula, nasib baik sempat..beraraklah anak2 ummi sambil berselawat.Mulanya dibarisan belakang sekali tapi akhirnya dah berada dihadapan barisan...semangat sungguh anak2ku...

Di sini sempatlah ummi kongsikan sedikit sebanyak memori semasa sambutan tersebut, sayangnya bateri kamera habis.Tak sempat nak ambil gambar suasana kemeriahan gerai2 pameran dan jualan di masjid, pertandingan memasak dan sessi dialog bersama PDRM.

Tahun ni sambutan lebih meriah daripada tahun lepas dan diharapkan bertambah2 meriah di tahun2 akan datang, InshaAllah..


Acara yang diatur pun boleh menarik jugak, selain perarakan dan aktiviti yang tersebut di atas ada persembah nasyid daripada Kumpulan Nasyid Masjid Bukit Antarabangsa.Sebelah malamnya ada ceramah agama.




Pertandingan Melukis & Mewarna

Alahai......apasal muka toye je masing2 tu? Penat yer..

Pengunjung dihiburkan dengan alunan nasyid semasa pertandingan mewarna berlangsung..

Inilah hasil kreativiti mewarna anak2..

Antara gerai2 pameran dan jualan...

Comments

  1. Eh..oven tu jadi alat muzik terbaru ke..? Ooo..itu prop untuk pertandingan memasak..hahaha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts