Fikir Mengenai Orang Lain Dengan Betul..

1. Berusaha mengingati nama orang lain. Apabila kita tidak mengingati nama orang lain, ini menunjukkan kita tidak menganggap orang itu penting. Ini kerana maruah buku terletak pada kandungannya, maruah manusia terletak pada namanya.

2. Jadi orang yang disenangi, yakni supaya semua orang yang berinteraksi dengan kita berasa selesa apabila mereka bersama dengan kita.

3. Terapkan sikap tenang dalam diri kita supaya kita tidak terkesan oleh perkara-perkara yang remeh.

4. Usah bersikap egoistik. Jangan sampai orang menyangka kita menganggap yang kita tahu segala-galanya.

5. Jadikan diri kita orang yang menarik supaya setiap orang yang mengenali kita mendapat manfaat daripada kita.

6. Setiap orang mempunyai ciri atau tabiat buruk. Biar sekecil mana pun ‘keburukan’ itu, berusaha membuangnya daripada diri kita.

7. Berusaha meleraikan segala salah faham yang pernah ataupun yang sedang kita alami.

8. Berlatih menyukai orang lain hingga kita akhirnya mampu melakukannya dengan ikhlas.

9. Apabila orang lain mendapat kejayaan ataupun sesuatu yang menggembirakan, usah lupa mengucapkan tahniah. Sebaliknya, sampaikan salam takziah kepada mereka yang sedang bersedih.

10. Berikan kekuatan rohani kepada orang lain. Dengan demikian, mereka menyanyangi kita dengan ikhlas.

Source: The Magic Of Thinking Big

Comments

Popular Posts