Puff Pastry


Assalamualaikum dan salam sejahtera anak2ku...

Hari ni Ummi nak share resepi puff pastry dengan anak2 Ummi ni.Straight to the point, kita perlukan...

Bahan-bahan:

500 gm tepung roti@strong flour
250 gm pastry margarine
100 gm butter
1/8 sudu teh garam
1/4 liter air

Cara-cara:

~ Gaul dan ramas tepung dan butter, kemudian tuangkan air. Uli hingga menjadi doh. Boleh juga gunakan mixer jika malas guna tangan.

~ Rehatkan doh sebentar dengan membalutnya menggunakan kitchen towel yang lembap.

~ Sementara itu, torakkan/roll pastry margarine supaya berbentuk rectangle.

~ Roll doh pastry yang telah direhatkan tadi besar sedikit daripada pastry margarine dan letakkan pastry margarine di atas doh pastry tadi.Lipatkan doh pastry membaluti pastry margarine berbentuk sampul surat (French style).

~ Roll kembali pastry tersebut secara memanjang dan lipatkan 2/3.Kemudian lipatkan pula hujung bertentangan ke tengah (English style).

~ Roll lagi berselang seli dari sisi yang bertentangan dan lipat lagi seperti lipatan di atas tadi.

~ Ulangi proses melipat tersebut 4-5 kali. Boleh juga simpan doh di dalam freezer sebentar supaya keras sedikit bagi memudahkan proses menorak @ rolling.

~ Akhir sekali bolehlah dipotong @ diacu mengikut bentuk kesukaan masing2 dan masukkan inti ke dalamnya.

~ 'Eggwash' @ sapukan kuning telur sebelum di bakar selama 25-30 minit dalam suhu 180 darjah celcius.Sesuaikan suhu dan masa mengikut jenis oven masing2, ada oven yang lebih panas daripada sesuatu jenama yang lain.


Inti:

Boleh gunakan kreativiti masing2 untuk membuatnya.

Kali ini Ummi gunakan inti tuna, jem strawberry dan buah pisang.



Untuk demo, sila lihat video di dalam post terdahulu.

Comments

Popular Posts