Montreal Chicken

Assalamualaikum semua...masak apa hari ni? Beberapa hari ni asyik hujan memanjang...perut pun asyik lapar je..tapi terasa malas nak memasak yang remeh2.Nak mudahkan kerja masak yang teramat simple jer...apa lagi ayam seperti di ataslah...Montreal Chicken.

Jom semak resepi...

Bahan-bahan:

10 ketul chicken wing @ chicken kiev-Ummi guna dua2

Marination:

Minyak zaitun-secukupnya
Garam-seenak rasalah
Serbuk paprika-kalau nak pedas
McCormick's mixed herbs
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna

licin dikerjakan anak2....

Cara-cara:

~ Cuci bersih ayam.

~ Gaulkan dengan semua bahan2 di atas tadi dan marinate semalaman @ sekurang2nya 2-3 jam supaya rasanya lebih 'mesra'.

~ Kemudian bolehlah digril, bakar atau goreng-ikut suka sendirilah tapi sebaiknya digril saja..

~ Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih @ nasi goreng

haa...terbongkang ayam ni...pun nak ambik gambar...sajalah suka tengok hasil yg dah siap tu..jangan marah!

Comments

Popular Posts