Muffin Au Fromage


Assalamualaikum wbr...dan salam sejahtera anak2ku...wah3x...seronok nampak bercuti tuu...bersantai jer yer..jangan dok asyik sangat dengan tv dan komputer, ulangkaji pelajaran juga..dan tolong Ummi kat dapur sekali tau.

Jom hari ni kita buat muffin favorite u all tu...muffin kejulah. Tengok tajuk kat atas tu grand bukan main yer...rupanya muffin keju...hehehe...Ummi nak mempraktikkan baliklah bahasa French yg dah lama tinggal ni...


Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu teh garam
1 biji telur- gred A
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung @ melted butter
150 gm keju mozarella parut @ parmesan

Cara-cara:

~ * Guna tangan sahaja, tidak perlu mixer.

~ Pukul perlahan2 telur dan gula, campurkan bahan cecair yang lain, kacau lagi.

~ Ayak tepung supaya tidak berketul2 dan untuk memasukkan udara ke dalamnya agar muffin lebih lembut.

~ Masukkan pula bahan2 kering ke dalam adunan tadi dan gaul agar sebati.

~ Cedukkan adunan ke dalam acuan muffin sebanyak 3/4.

~ Bakar di dalam suhu 180 degree celcius selama 30-35 minit.Suhu dan masa sesuaikan mengikut oven masing2lah.


Sifat Boros

Dari pada Anas bin Malik, katanya Rasullullah saw bersabda: " Antara sifat boros itu adalah makan apa yang diingini selera."


* Tak puas hati dengan kualiti gambar tapi nikan baru belajar...kira oklah tu...bukan nak masuk competition pun!

Comments

Popular Posts