Ikan Asam Pedas


Assalamualaikum...bertemu kembali.Lega rasanya bila dapat menyambung kembali aktiviti seperti biasa setelah 2 minggu berkampung di Ampang Puteri Hospital.Terasa nak makan ikan masak asam pedas...so, hari ni buat resepi ikan masak asam pedaslah.Alah...resepi yang tersangat biasa tapi sajalah nak share dengan anak2ku Yin dan Hakim.

Bahan-bahan:

4 keping ikan tenggiri
6 biji kacang bendi
1 sudu besar pes asam jawa @ air asam secukupnya
6 ulas bawang merah @ 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kering yang telah direbus & kisar
2-3 tangkai daun kesum
1 biji tomato
1 inci belacan
1 batang serai
1/2 sudu teh serbuk lada hitam-nak tambah pedas, tak bubuh pun takpe, ikut sukalah
Garam, gula dan air secukupnya
Minyak untuk menumis



Cara-cara:

~ Kisarkan bawang merah@bawang besar, bawang putih dan belacan.

~ Panaskan minyak, masukkan serai dan bahan kisar tadi.Tumis hingga garing, masukkan cili kering.

~ Kemudian masukkan pes asam jawa Adabi dan air @ air asam jawa.Kacau hingga sebati, masukkan daun kesum, kacang bendi dan ikan.

~ Perasakan dengan garam dan gula.Kalau nak tambah pedas masukkan serbuk lada hitam.

~ Akhir sekali masukkan tomato yang dibelah 4.Apabila ikan telah masak, bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas.


Sonang jekan anak2...selamat mencuba!

Comments

Popular Posts