Bagaimana Untuk Kekal Sihat?

Kesihatan yang optimum merupakan impian setiap insan.Namun ramai di antara kita yang mengabaikan tahap kesihatan mereka.Kekal bergaya dan glamor melebihi segalanya, kadang-kadang tu.Sanggup berhabisan wang ringgit untuk memenuhi citarasa 'high class' dari segi berpakaian, kenderaan, rumah dan cara hidup.

Bila dah sakit atau ada ahli keluarga yang dah terlantar sakit barulah insaf dan nak berubah.Kalau sedar dari awal tak mengapa, tapi bagaimana bagi yang dah terlewat.Contohnya..didiagnos menghidapi kanser tahap 3 atau 4.Pastinya berita itu satu tamparan yang maha hebat.

Oleh sebab itu, marilah kita menjaga kesihatan diri terutamanya dan ahli keluarga tersayang mulai dari saat ini.Bagaimana?

1. Jaga makan- makan makanan yang seimbang, makan ikut waktu, jangan 'skip' waktu makan kerana ia akan melemahkan sistem metabolisma badan dan akan menyebabkan kegemukan. Jangan makan ikut nafsu.

2. Bersenam- bersenamlah ikut kemampuan diri. Sekurang-kurangnya 15 minit satu sessi 3 kali seminggu. Kalau rajin lakukan senaman berjalan kaki di sekitar kawasan kediaman anda. Lebih bagus lagi jika dapat mengikut senaman yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW iaitu berenang, memanah dan menunggang kuda.

3. Berzikir atau berwirid- bagi memberi ketenangan minda.

4. Amalkan pemakanan tambahan (supplemen) kerana makanan kita pada hari ini tidak lagi dapat membekalkan spektrum nutrien yang berkualiti dan secukupnya.Namun begitu, jangan sebarangan membeli supplemen di farmasi kerana ia terdapat banyak gred dan kualiti. Carilah supplemen yang terbaik iaitu Advanced Nutritional Supplement berdasarkan kajian Dr.Lyle McWilliam di dalam bukunya-Comparative Guide To Nutritional Supplement.

Comments

Popular Posts