Talapia Sweet Sour Calamansi

Menu talapia sentiasa menjadi pilihan anakku Yin dan Hakim, tak jemu-jemu.


















Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera semua!

Pejam-celik, pejam-celik dah petang...masak apa untuk makan malam ni?Untuk malam ni Ummi masak ikan talapia lagi...permintaan anak...untuk tidak menghampakan, Ummi pun masaklah lagi. Kali ni Ummi buat Sweet Sour Calamansi...Bunyi macam pelik je tapi takde yang peliknya...lebihkan jus calamansi jadilah namanya Sweet Sour Calamansi.

Pelik tak pelik tapi aroma jus limau kasturi tu memang sedap dan menyelerakan, sampaikan Si Hakim tak sabar2 nak makan walaupun belum time dinner lagi. Semasa gambar ni diambil, seekor ikan telah selamat dimakan oleh Yin...


Oklah, mari kita tengok resepi Ummi yang tak seberapa ni.



Bahan-bahan:

2 ekor ikan talapia merah @ hitam-dilumur garam & kunyit, kemudian digoreng
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
2 sudu besar cili kering kisar 
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 biji limau kasturi @ calamansi- ambil jus
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis



Cara-cara:

1. Kisar @ tumbuk bawang merah dan bawang putih.

2. Panaskan miyak, tumis bawang tadi sehingga wangi, masukkan cili kering.Tumis lagi sehingga naik minyak.

3. Tambahkan sos cili, sos tomato dan gula. Kacau sebentar, masukkan sedikit air panas dan perasakan dengan garam. Kacau lagi.Biarkan mendidih sebentar.

4. Tutup api dan tuangkan jus limau, kacau.
 
5. Tuangkan sos calamansi ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Hidangkan panas2.


Tuu...ada orang tak sabar nak makan!


Juga sedap dibuat jus...nyaman menyegarkan.


Selamat makan malam semua!

Comments

  1. Nor salam - sgt menarik gambar yg no ambil..guna camera apa ye cantik sgt ...

    ReplyDelete
  2. wsalam ina...Alhamdulillah..sikit2 belajar, dpt juga hasilkan gambar yg lebih elok drp sblm ni tapi masih byk yg kena belajar.ni camera Fujifilm Finepix HS10.berbaloi beli camera ni sbb lensenya menyamai lense camera yg mahal2 tu tapi lense yg mahal2 tu kena beli asing2.yg ni compact tapi quality sama, harga lebih murah.zoomnya 30x.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts