Eggless Chocolate & Soya Protein Cake


Assalamualaikum dan selamat petang anak2 Ummi!

Alaaa..kesiannya, hujan renyai2 pulak petang ni.Tak dapatlah kita nak main badminton sama2 ye...tunggulah kot2 sekejap lagi hujan berhenti, sementara tu bagi chance Ummi post entry untuk hari ni dulu ye!

Alahai...lain yang dibuat lain pulak yang di'post'!Cadangnya nak 'post' masakan breakfast pagi tadi iaitu Pancake.Tup..tup...dah habis kena bedal dulu, lagipun Ummi buat cukup2 je untuk 4 orang makan, mana sempat nak ambil gambar...lagipun subuh2 tukan tengah tergesa2 bersiap nak hantar anak2 Ummi ni pergi sekolah.


Apa2 pun sebagai gantinya Ummi 'post' kan entry pasal kek coklat nilah..Setelah Ummi meninjau2 dapur Kak Ita , Ummi terjumpalah resepi Eggless Chocolate Cake.Memang Ummi nak try buat kek yang takde telur sebab rasanya bulan ni dah banyak sangat makan telur...tak bagus untuk kesihatan, sedangkan cadangan makan telur oleh KKM adalah 3 biji seminggu je, ni dah berlebih2 sejak2 asyik buat kek2 ni.Walaubagaimana pun Ummi olah sedikit resepi Kak Ita ni untuk kesesuaian citarasa Ummi, jangan marah Kak Ita ye, apa2 pun terima kasih kepada Kak Ita dan yang lain2 kerana sudi share resepi ni.


Jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahan:

1 cawan tepung @ tepung kek
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar tepung susu
1 1/4 cawan air ais
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh chocolate emulco
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu teh jus lemon @ cuka
2 sudu besar protein soya
2 sudu besar 'ground almond'

'Chocolate Cake In The Well(Telaga)'~ ini tema yang Hakim bagi untuk kek dia ni sebab tulah krimnya hodoh macam dinding telaga lama yang telah ditinggalkan!

Cara-cara:

1. Ayak semua bahan kering bersama di dalam mangkuk adunan.

2. Kemudian masukkan gula perang, air ais, esen vanila, chocolate emulco dan minyak jagung. Pukul sebentar hingga semua bahan sebati.

3. Tambahkan jus lemon @ cuka. Pukul lagi.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan 160 darjah celcius.

5. Bakar selama 40 minit bergantung kepada oven masing2 ye!

6. Apabila telah masak, sejukkan sebelum dikeluarkan untuk dihias.

7. Setelah sejukkan, keluarkan dan hiaslah mengikut kreativiti masing2.

Comments

Popular Posts