Caramel Cake The Making

Assalamualaikum anak2 Ummi. Hari ni nak tunjukkan 'step' buat Caramel Cake tu, so nanti bila2 Yin atau Hakim nak buat dah tahu ok.

1. Buat Gula Hangus- masukkan 3 sudu besar gula pasir ke dalam loyang.Letakkan di atas api yang sederhana.

2. Sengetkan ke kiri dan kanan loyang tersebut supaya gula meliputi semua permukaan loyang.

3. Gula yang telah hangus.

4. Sediakan bahan-bahan untuk puding dan pukul supaya semuanya sebati.

5. Tapiskan bahan puding tadi ke dalam gula hangus.

6. Pukul semua bahan untuk kek kecuali tepung dan serbuk penaik sehingga kembang.

7. Kaup dan balikkan tepung berserta serbuk penaik yang telah diayak ke dalam adunan kek tadi.

8. Untuk membuat meringue: Pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula kastor dan cream of tartar. Pukul lagi sehingga putih telur benar2 kembang.

9. Pukul putih telur sehingga 'stiff' dan tidak jatuh apabila diterbalikkan.

10. Kaup dan balikkan meringue tadi ke dalam adunan kek perlahan2 sehingga semua sebati.Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna2 kegemaran.Sendukkan warna pertama sebanyak 3 sudu besar di tengah2 puding tadi.Diikuti oleh warna kedua dan seterusnya.Kemudian ulangi warna pertama sebanyak 2 sudu besar pula diselangi warna2 lain.Bagi pusingan seterusnya ulangi warna pertama sebanyak 1 sudu besar.Begitulah seterusnya sehingga adunan kek habis.

11. Apabila telah selesai menceduk semua warna2 tadi, lorekkan dengan lidi untuk mendapatkan corak seperti di atas.

12. Masukkan kek ke dalam oven yang telah dipanaskan 160 darjah celcius. Bakar selama 1 jam 10 minit.Turunkan suhu ke 150 darjah celcius setelah 30 minit.Suhu dan masa bergantung kepada oven masing2lah.Suhu ini untuk oven jenis Europa Jetcook sahaja.

13. Beginilah rupa kek yang telah masak...tapi sebelum dikeluarkan dari acuan sejukkan dulu dan boleh juga disimpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dikeluarkan.Lap karamel yang meleleh supaya tidak meresap ke dalam kek.Kemudian bolehlah dihias mengikut kreativiti masing2.

* Harap maaf gambar agak gelap sedikit, susah dapat natural lighting di dalam rumah ni.

Untuk melihat gambar2 lain sila ke post yang terdahulu ye!

Comments

  1. salam noor cantik corak nya tu...ni buat kali kedua ke?

    ReplyDelete
  2. wsalam Ina, ye ni 2nd.time buat.masa belum bakar nampak cantik, bila dah siap coraknya lain sikit kat dalam tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts