Chocolate Banana Steamed Muffin


Assalamualaikum wbr anak2 Ummi....Amboi! Relaxnya masing2 tu, final exam next week...tak study ke? Time belajar kena belajar, time relax, main bolehlah relax dan main tau!

Oklah hari ni Ummi nak share resepi Banana Muffin dengan anak2 Ummi sebagai memenuhi permintaan u all nak makan keklah...kuihlah...itulah...inilah...So, resepinya u all tengok kat bawah ni, next time boleh buat sendiri je...so simple and easy.


Apa2 pun Ummi nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada Kak Ummi Kuantan, Home Sweet Home kerana sudi berkongsi resepi yang sedap dan simple ni.


Bahan-bahan:

Bahan A
2 cawan tepung
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam

Bahan B
1 cawan pisang lecek (Ummi guna pisang berangan-itu je yang ada kat rumah, boleh guna pisang emas juga)
1 cawan minyak jagung (Ummi letak 3/4 cawan saja)
1 cawan gula perang
2 biji telur


Cara-cara:

~ Ayak kesemua bahan A, masukkan pula bahan B.Gaul sebati menggunakan spatula atau senduk kayu sahaja.

~ Cedukkan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh.

~ Didihkan air di dalam pengukus (Ummi guna pengukus eletrik jadi tak perlu dipanaskan dulu). Kukus muffin selama 20 minit atau sehingga kembang.

~ Apabila telah masak, sejukkan dan bolehlah dihidang untuk minum petang dan sebagainya.

* Selamat mencuba anak2 Ummi ye! Cuti sekolah nanti Ummi nak rasa yang anak2 Ummi buat pula...

Comments

Popular Posts