Smoked Salmon Egg Stuffed Avocado..

Assalamualaikum wbr...Salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, hari ini masih bernyawa lagi. Kelihatan di luar berjerebu teruk. Semalam dan hari ini indek pencemaran udara menunjukkan peningkatan sehingga 200 lebih. Sekolah-sekolah di negeri Selangor dan beberapa negeri lain terpaksa di tutup esok.

Saya pun tidak keluar rumah kerana bimbang memudaratkan kesihatan. Adalah masa sedikit untuk mengemaskini blog ini. Masih lagi ingin berkongsi menu makanan-makanan sihat memandangkan pesakit kanser seperti saya perlu menjaga makan.

Hari ini menu daripada buah avokado. Pelbagai resepi boleh dibuat menggunakan buah ini. 

Menu hari ini...

Smoked Salmon Egg Stuffed Avocado // fancy schmancy without the fuss, high protein, low carb via Grok Grub #brunch #healthy:

Jom tengok resepi yang mudah dan ringkas ini.

Bahan-bahan:

Beberapa kepingan 'smoked salmon'
8 biji telur
4 biji buah avokado-jangan yang terlalu masak
'Chilli flakes'
Lada hitam
Garam Himalaya
'Fresh dill'

Cara-cara:

 Belah 2 buah avokado. Buang bijinya.

Letak kepingan 'smoked salmon' di tengahnya. Potongkan kepingan 'smoked salman' kecil-kecil terlebih dahulu.

Pecahkan telur dan tuang ke atas kepingan 'smoked salmon' tadi.

Taburkan garam, lada hitam dan 'chilli flakes'.

Tambahkan 'fresh dill' di atasnya.

Masukkan ke dalam oven bersuhu 170 celcius dan bakar sehingga telur masak 
 tetapi jangan terlalu masak atau sehingga telur keras.





Fakta tentang avokado.

Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti

10 Khasiat Dan Kelebihan Memakan Buah Avokado


1) Mengawal tekanan darah

Avokado merupakan sumber besar kalium  yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.


2) Menggalakkan kesihatan mata

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.


3) Melindungi daripada kanser

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.


4) Menyembuhkan nafas berbau

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.


5) Ciri-ciri anti-penuaan

Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.


6) Penjagaan Kulit

Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.


7) Berat badan

Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.


8) Mengekalkan kesihatan jantung

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.


9) Vitamin E Powerhouse

Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.


10) Mengandungi banyak vitamin

Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.









Comments

Popular Posts