1 Rumah 1 Pohon Tin~Ada Benih Untuk Dijual.

Assalamualaikum wbr...

Kini penanaman pokok tin telah menjadi fenomena terbaru di Malaysia sejak kebelakangan ini. Hal ini berikutan pokok tin boleh tumbuh subur di Malaysia dengan penjagaan yang rapi. Di negara beriklim Khatulistiwa ini ia boleh berbuah beberapa kali setahun tidak seperti di negara 4 musim.


Antara anak pokok untuk dijual.





Disebabkan buah dan daun tin mengandungi pelbagai khasiat, ia mendapat sambutan yang baik daripada pencinta tanaman. Ia bukan sahaja  tanaman untuk khasiat kesihatan tetapi juga boleh dijadikan tanaman lanskap di tepi rumah. Jika ditanam secara banyak akan terdapat suatu aroma harum daripada pokok ini yang menyegarkan.

Terdapat pelbagai khasiat daripada buah tin ini sehingga ianya disebut di dalam Al Quran. Boleh rujuk DISINI untuk mengetahui perlbagai khasiat buah tin. Manakala daunnya juga mempunyai manfaat kesihatan yang banyak, sila rujuk SINI.


Oleh yang demikian kami mempunyai visi untuk menyebar luaskan penanaman pohon ini kepada segenap golongan dengan berpegang kepada motto '1 Rumah 1 Pohon Tin'.


Gambar hujung tahun 2014..'Rain shelter' dalam pembinaan



Kami telah memulakan penanaman beberapa spesies sejak akhir tahun lepas. Kini anak-anak pokok yang matang telah sedia untuk dijual. Antara baka benih yang terdapat dalam koleksi kami ialah MD-Masui Dauphene, Jumbo, TGF-Taiwan Golden Fig, Green Jordan, Red Khutmani, Abicou, Texas Everbearing..kami akan menambah baka-baka popular yang lain dari masa ke semasa. Hanya anak-anak benih yang telah matang kami jual. Kami tidak menjual keratan batang kerana ia berisiko untuk tidak hidup jika tidak ditanam dengan betul.

Kepada yang berminat untuk memulakan tanaman pohon tin bolehlah hubungi saya di talian 019 6020046 untuk mendapatkan anak benih.

Comments

Popular Posts