Talapia Stim Dengan Buah Tin...

Assalamualaikum wbr...salam sejahtera...

Alhamdulillah, syukur dengan limpah rahmat dan kurniaan Ilahi..masih bernafas di bumi yang indah ini...

Hari ini 8 Syawal 1436H..masih dalam mood raya tetapi belum beraya ke mana-mana lagi sejak pulang ke Kuala Lumpur..masih berpuasa untuk menggantikan puasa yang banyak tertinggal tempoh hari.

Hari ini berkemas-kemas untuk pulang ke kampung semula selepas Isyak nanti. Oleh itu rasa malas nak memasak banyak-banyak. Ala kadar cukuplah untuk menu berbuka...untuk keluarga cadangnya goreng mee sajalah dan untuk saya,ikan talapia stim dengan buah tin. Memandangkan saya tidak makan nasi, menu itu sudah memadai. Jus durian belanda sudah dibuat dan disejukkan cuma tinggal menggoreng mee dan mengukus ikan sahaja lagi serta memanaskan lauk dan nasi lebihan sahur tadi.



Jom tengok bahan-bahan menu talapia stim ini:

1 ekor ikan talapia-cuci bersih
1 batang serai dihiris
1/2 biji carrot-julienne(potong halus memanjang)
3-5 biji cili padi-ikut citarasa pedas masing2
1 pokok daun ketumbar dihiris
1 inci halia-julienne
4 ulas bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar dihiris
1/2 biji jus lemon
1 biji buah tin segar (buah besar,saya guna buah yang kecil2)-dibelah kecil
Garam dan gula secukupnya
*Jika nak bubuh sos ikan@kicap cair@sos tiram pun boleh. Saya tak bubuh kerana tak boleh makan bahan2 perasa.

Gaul semua bahan di dalam satu bekas dan perapkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian bolehlah dikukus sehingga masak dan dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk yang lain. Saya ratah begitu saja...

Buah tin segar agak sukar didapati..mungkin di pasaraya ternama ada menjualnya. Saya gunakan buah tin yang ditanam sendiri..jadi pelbagai menu boleh dihasilkan daripada buah syurga ini. Kepada yang berminat untuk menanam pokok tin boleh dapatkan benihnya daripada saya..boleh call atau Whatsapp 0196020046.


Comments

Popular Posts