Menu Hari Ini...

Assalamualaikum wbr...

Memandangkan rawatan kemoterapi saya telah selesai, saya harus menjaga pemakanan setiap hari. Terpaksa berkorban nafsu makan agar sel-sel kanser tiada peluang untuk menjadi aktif semula. Ya Allah! Berilah aku kekuatan dan semangat serta ketabahan untuk menjaga pemakanan dan gaya hidupku...Aamiin 




Pada hari ini saya sediakan air rebusan serai+halia+stevia+jus lemon untuk detoks. Manakala jus durian belanda diminum bersama makanan malam iaitu Quinoa-Persian with Dates & Pistachio, saya tambah hirisan nenas,timun,tomato dan cili padi.

Quinoa mengandungi protein yang tinggi ( boleh menggantikan daging dan ayam-kerana saya tidak makan keduanya), ia juga membekalkan zat besi yang saya perlukan untuk penghasilan sel darah merah yang baru dan ia tidak mempunyai kandungan gluten.

Sangat mudah disediakan, hanya rebus di dalam periuk atau pan.Boleh juga guna periuk nasi eletrik..masak seperti nasi biasa.

Menu quinoa boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Pada hari ini saya menggunakan quinoa yang telah dicampurkan buah kurma, kacang pistachio dan rempah ratus. Quinoa ini boleh didapati di pasaraya SOGO dan KLCC.

Boleh beli quinoa yg 'plain' di Sogo, KLCC, AEON Jusco dan AEON BIG. Gunalah kreativiti masing-masing untuk mempelbagaikan rasa quinoa ini..semua bahan makanan kegemaran boleh dicampur dengan quinoa ini...ia bagaikan menggantikan nasi. Malahan kandungan karbohidratnya adalah lebih rendah daripada nasi..sangat sesuai untuk pesakit diabetes, darah tinggi dan seumpamanya.

Comments

Popular Posts