Hari Senang-lenang!

Assalamualaikum....

Saya sudah pulang ke rumah selepas tiga hari di hospital untuk urusan memasang chemo port. Prosedur pasang port tu cuma 1 jam tetapi masuk hari Sabtu, Ahad doktor cuti, kena tunggu hari Isnin baru boleh buat..tetapi tak mengapa kerana saya dapat berehat. 

Berehat di hospital merupakan rehat yang berkualiti, bukan dapat makan tidur tetapi masa yang ada dapat dipenuhi dengan membaca buku, membaca Al Quran dan berzikir dengan tenang kerana tiada siapa yang mengganggu. Tidak perlu fikir urusan rumahtangga dan sebagainya.

Kini, semasa proses pemulihan luka terpaksa banyak berehat dan elakkan juga apa-apa penyakit berjangkit kerana rawatan chemo terpaksa ditangguhkan sekiranya badan tidak sihat walaupun hanya sekadar ruam biasa.

Terpaksa bersenang-lenanglah saya nampaknya.Urusan rumahtangga anak-anak dan suami terpaksa ambil alih...bolehlah saya terus membaca dan memenuhi masa terluang dengan aktiviti merangsang minda positif bagi persediaan menghadapi rawatan pada minggu hadapan..InshAllah semuanya akan berjalan lancar. Saya yakin kepada Allah sepenuhnya..mohon doa daripada rakan-rakan semua...

Comments

Popular Posts