A Moment At Tasik Beris Vineyard
Assalamualaikum wbr. Salam Maulidur Rasul dan salam sejahtera...
Pejam celik-pejam celik esok dah start sekolah semula..bermulalah rutin harian seperti biasa. Ingatkan cuti sekolah ni bolehlah Ummi bercuti sekali, melepak-lepak di rumah saja.Rupanya kena ikut bercuti ke utara pulak, sebenarnya bekerja sambil bercuti...
Sempatlah juga kami singgah di Tasik Beris Vineyard yang terletak di daerah Sik, Kedah.Cuaca agak terik ketika itu dan Ummi pun tak ada mood sangat nak mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ladang anggur ini, cuma sempatlah juga mengabadikan kenangan di sini.
Kualiti buah anggurnya tiadalah jauh beza dengan anggur import.Harga pun boleh tahan jugalah. Yang Ummi selalu beli di Giant tu lagi murah dan lagi manis..tapi apa-apa pun kita kena sokong produk Malaysia kan?
Jom cuci mata sebentar...
Pemandangan sekitar Tasik Beris
Ladang anggur bertutup bagi mengawal suhu dan kelembapan
Kawasan rehat untuk para pelawat, produk yang dihasilkan dari buah anggur dijual di sini seperti jus anggur segar
Antara lokasi menarik pilihan para 'Raja Sehari' untuk merakam saat-saat indah
Galeri menjual pelbagai cenderahati, buah anggur dan jus anggur
Buah anggur hitam antara yang ditanam.Rasanya lebih manis daripada anggur hijau
Anggur hijau bersaiz lebih kecil
Beginilah rupa keseluruhan ladang anggur ini
Pelawat tidak dibenarkan memetik buah-buah anggur...kalau semua orang boleh petik, maka akan tinggal batang sajalah nanti!
Ruang istirehat para pelawat yang selesa dan nyaman
Antara para pengunjung ladang anggur, kebetulan hari tersebut adalah hari cuti, ramai yang berkunjung ke sini, harga tiket pun naik...
Kepada yang merancang percutian pada musim cuti akan datang, bolehlah bawa keluarga ke sini.
Comments
Post a Comment