Idamanku....
Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera semua...apa khabar? Semoga semuanya beroleh kesejahteraan yang berpanjangan di samping rahmat dan perlindungan dari Allah swt hendaknya.
Hai Ummi ni, sejak akhir-akhir ini asyik dengan kucinglah pulak! Sebenarnya memang dah suka sangat kepada haiwan yang comel dan manja ini. Sangat menenangkan apabila bermain, berbicara dengan mereka, melihat mereka makan dan tidur. Seolah mereka tiada masalah untuk difikirkan...namun perlu diingatkan walaupun ianya hanya seekor kucing tetapi masih mempunyai naluri ingin disayangi, dibelai dan dimanja. Sekiranya kita tidak memberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya kepada mereka, akan timbullah masalah perilaku kucing yang tidak ingin kita hadapi seperti kucing nakal, tidak mendengar arahan dan jatuh sakit.
Kucing pun seperti manusia akan mengalami tekanan dari persekitarannya dan bermulalah episod-episod yang tidak ingin kita lihat apabila keadaan ini berlaku. Oleh itu peliharalah kucing-kucing kita dengan penuh kasih sayang. Ini tidak bermakna apabila kita memberi perhatian kepada kucing, hal-hal rumahtangga yang lain akan terabai.Tidak sama sekali. Ummi pernah terfikir sebelum memelihara kucing dahulu, akan bertambahlah kerja sekiranya ada kucing-kucing ini.Namun setelah memilikinya, tidaklah sesibuk manapun untuk menguruskan mereka, asalkan kita didik dan tetapkan peraturan kepada mereka.
Sebenarnya dalam kiriman ini Ummi ingin berkongsi satu cerita berkenaan gambar kucing-kucing Bengal yang comel ini. Ummi dan anak-anak amat suka dan berhasrat untuk memiliki kucing-kucing Bengal yang bercorak seperti di atas walaupun ada beberapa lagi corak dan warna, kami amat sukakan yang seperti ini.Anak Ummi pun mendesak Ummi supaya mencari di internet sekiranya ada orang yang nak jual kucing seperti ini. Memang adalah beberapa iklan menjual kucing Bengal di internet (mudah.my).Ummi pun hantarlah emel bertanyakan tentang kucing2 ini...setelah berbalas emel, akhirnya dapat dikesan rupanya mereka adalah penipu.
Untuk makluman, mereka akan menghantar anak2 kucing ini dari Viang Chan, Thailand menggunakan khidmat Air Animal Pet Movers.Segala dokumen akan disediakan dan kita cuma perlu bayar RM350 untuk yuran penghantaran sahaja.Tidak perlu dikuarantin 7 hari dan penghantaran ke muka pintu.Untuk mengesahkan hal itu, Ummi siasat di Facebook si penjual, bertanya kepada rakan FBnya, rupanya beliau pun dapat mengesan penipuan mereka ini.Kemudian Ummi check dengan DVS-Department of Veterinary Services Malaysia berkenaan prosedur2 membawa masuk haiwan dari luar negara, hanya haiwan dari beberapa negara yang tidak perlu dikuarantin tetapi haiwan yang dibawa masuk dari Thailand memang perlu menjalani kuarantin minimum 7 hari.
'Moral of the story' di sini adalah berhati2lah dengan iklan2 di internet, siasatlah secukupnya sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk berurusan dengan orang yang tidak dikenali.
Ummi juga berharap kepada rakan2 yang mengetahui sekiranya ada saudara-mara atau sahabat-handai yang ingin menjual dengan harga yang berpatutan dan masuk akal kucing seperti ni atau sekiranya ada yang ingin memberi sahaja kerana sudah terlalu banyak kucing atau kerana sudah tak larat nak bela kucing....maklumkanlah kepada Ummi. Ummi berhasrat sangat ingin memenuhi hajat anak-anak Ummi untuk memiliki sepasang kucing Bengal.
Hingga bertemu kembali dilain waktu..Wassalam
Sumber Gambar: Emel yang dihantar kepada Ummi
Comments
Post a Comment