Manggo Butterscotch Bread Pudding

Assalamualaikum wbr dan selamat tengahari semua, apa khabar hari ini?

Malasnya rasa nak menaip ni, malas nak memikirkan apa yang nak ditaipkan tapi ada sedikit masa terluang sebelum keluar ambil anak di sekolah. Oklah, hari ni Ummi nak kongsikan satu lagi menu puding iaitu Puding Mangga Roti Butterscoth. Panjangnya nama, itu sebab nak bagitahu apa bahan di dalamnya. Nama saja panjang tapi membuatnya amat senang.

Harap maaf gambar agak gelap kerana kurang cahaya di luar, hai susahlah macam ni. Nak shoot di luar rumah nanti kena intai pulak! Lepas tu nanti adalah yang menyibuk tanya buat apa tuuu...!



Mari kita ke dapur untuk tengok resepinya.

Bahan-bahan:


3 keping roti butterscoth Gardenia
1 paket Puding Mangga NONA
400 ml air
Buah-buahan cocktail untuk hiasan



Cara-cara:

1. Koyak-koyakkan roti dan atur di dalam acuan pilihan, Ummi guna mangkuk saja sebab acuan menghilangkan dirinya..

2. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan serbuk puding mangga. Kacau sehingga larut.

3. Apabila telah larut, tutup api dan tapiskan ke dalam acuan tadi. Biarkan ia mengeras dan sejuk. Kemudian simpan di dalam peti sejuk.

4. Setelah cukup sejuk untuk dinikmati, keluarkan ia dari acuan dan makanlah bersama buah-buahan cocktail tadi.




Cukup mudah kan? Adik-adik yang sedang berjinak-jinak ke dapur tu pun pasti boleh membuatnya...malahan adik-adik lelaki pun boleh buat juga...so simple!




Jom anak-anak kita jamu selera!



Salam...sehingga bertemu lagi! Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin...

Comments

Popular Posts