Strawberry Cheese Butter Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bersiaran kembali kita..wah! lama sungguh Ummi tak post apa2 entry di blog ni.Macam2 hal yang perlu diuruskan, so tak sempatlah nak tulis apa2.

Walaubagaimanapun, hari ni Ummi nak kongsikan dengan anak2 Ummi ni resepi Strawberry Cheese Butter Cake. Resepi asalnya adalah Butter Cheese Cake.. Ummi ceduk dari blog Kak Ummi, Kuantan (Home Sweet Home) tapi telah Ummi olah mengikut citarasa Ummi.Apa2 pun diucapkan terima kasih kepada Kak Ummi yang sudi berkongsi resepi yang sedap ni...jom kita tengok resepinya.


Bahan A:

225 gm tepung
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam

* Ayak semua bahan bersama


Bahan B:


200 gm mentega
175 gm cream cheese
175 gm gula kastor
1 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh 'lemon zest'
5 biji kuning telur-gred A
2 sudu besar strawberry emulco-K.Ummi tak letak
1 sudu besar perisa strawberry-K.Ummi tak letak

Bahan C:

5 biji putih telur- buat meringue


Cara-cara:

1. Ayak semua bahan A.

2. Buat meringue- pukul bahan C sehingga kembang dan tidak jatuh apabila diterbalikkan.

3. Pukul mentega, cream cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu-pukul, kemudian masukkan lemon zest dan jus lemon. Pukul lagi sebentar sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan pula tepung yang telah diayak tadi. Kaup dan balikkan. Jika menggunakan mixer, guna speed yang perlahan semasa menggaulkan tepung.

5. Selepas itu, kaup dan balikkan meringue ke dalam adunan tadi perlahan-lahan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan perisa strawberry dan strawberry emulco.

6. Griskan loyang dengan mentega. Kemudian sendukkan adunan strawberry (2 sudu besar) di tengah2 loyang, selepas itu sendukkan pula adunan 'plain' (2 sudu besar) di atas adunan strawberry tadi. Buatlah berselang-seli sehingga kesemua adunan habis.

7. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 30 minit. Suhu bergantung kepada kepanasan oven masing2.

9. Apabila telah masak, sejukkan di atas redai kek. Kemudian hiaslah mengikut kreativiti dan kesukaan anda tapi Ummi tak hias sebab anak2 Ummi tak sabar nak makan!

Comments

Post a Comment

Popular Posts