Tempahan Articake...

Assalamualaikum wbr..

Alhamdulillah...sudah 5 hari puasa berlalu, singkat sungguh waktu dirasakan. Rutin Ramadan kali ini seperti hari-hari biasa juga.

Cuma Ramadan kali ini digunakan untuk mempraktikkan hasil pelajaran dari kelas Lea Oven Shoppe tempoh hari iaitu Articake Inspire Cake Decorating.

Peluang tiba apabila rakan lama meminta buatkan kek untuk anak perempuannya.Dijelaskan dari awal bahawa saya tidaklah benar-benar mahir lagi tetapi boleh cuba buat yang terbaik.Alhamdulillah, beliau tidak kisah sangat dan saya tidak lepaskan peluang ini untuk terus memahirkan diri.

Hasilnya beginilah...




Rasanya sedikit masa lagi sudah bersedia untuk ambil tempahan bagi hantaran majlis perkahwinan,pertunangan,hari ulangtahun dan sebagainya...In Sha Allah..

Comments

Popular Posts