Tangan Keras Yang Perlu Dilembutkan.....
Assalamualaikum wbr dan Salam sejahtera buat semua.
Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak..Semoga segala ibadah dan tanggungjawab sepanjang bulan Ramadan ini dapat dijalan dan ditunaikan dengan sebaik mungkin.
Diam tak diam esok dah puasa, rasanya baru sahaja Ramadan lepas meninggalkan kita.Mudah-mudahan masih dikurniakan umur yang panjang untuk merebut nikmat Ramadan kali ini, In Sha Allah.Dikesempatan ini juga saya ini memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan serta halalkan segala ilmu yang dikongsi oleh rakan-rakan blogger untuk saya manafaatkan buat diri sendiri atau rakan-rakan lain.
Rasanya berkurun lama tak update blog ini.Makin hari dirasakan makin sibuk dengan urusan harian yang tiada kesudahan.Terasa rindu nak berblog.Alhamdulillah pagi ini diberi rezeki untuk meninjau-ninjau blog ini.
Sebenarnya saya sangat teruja beberapa hari ini kerana diberi kesempatan oleh Allah swt untuk mempelajari seni menghias kek alaf baru ini.Kelas Articake Inspired Cake Decorating yang dianjurkan oleh Sifu Lea dari Lea Oven Shoppe memang sangat berbaloi untuk dihadiri.
Sungguh kagum dengan seni yang dihasilkan oleh Sifu Lea.Beliau tidak lokek ilmu dan sabar menunjuk ajar pelajar-pelajar yang tangan keras seperti saya ini.Dek kesuntukan masa untuk 'catch up' cara-cara membuat bunga-bunga tersebut jadi tak sempat nak ambil gambar semasa di kelas.Dah balik ke rumah barulah dapat ambil gambar sikit.
Maaf kualiti gambar kurang memuaskan.Walaupun seharian diperuntukkan bagi menghias kek ini tetapi tidak terasa kepenatan kerana suka melihat hasilnya walaupun tidak secantik hasil kerja Sifu Lea.
Paling menyeronokkan apabila keesokan hari telah dapat satu tempahan kek daripada rakan untuk harijadi anaknya.Hati berbelah bahagi sama ada untuk menerima atau menolak tetapi apabila didesak oleh rakan tersebut saya pun terima sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kekurangan.Terima kasih Yati dan Pojie yang 'sporting' dan memahami kekurangan saya.In Sha Allah akan buat yang terbaik untuk anak kesayangan you all.
Apa-apa pun untuk mendapat hasil yang cantik dan menarik perlu kesungguhan, kesabaran yang tinggi dan latihan berterusan.Begitulah yang dilakukan oleh Sifu Lea juga untuk berada ditahap ini.Jadi kepada rakan-rakan yang berminat untuk menghadiri kelas ini sila berhubung dengan Sifu Lea melalui akaun Facebook beliau.
Comments
Post a Comment