Nasi Tomato Berlauk
Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera semua....
Apa khabar anak-anak Ummi dan rakan sekalian? Mudah-mudahan ditahun baru ini kesejahteraan sentiasa mendampingi kalian.
Alhamdulillah selesai sudah minggu pertama persekolah yang mana minggu yang sibuk buat ibubapa. Tahun ini Ummi mempunyai masa yang amat terhad untuk berblog kerana anak-anak Ummi bersekolah di sessi pagi dan petang serta terpaksa juga menghantar dan menjemput anak yang pergi ke sekolah agama di waktu petang.
Jadi sessi photo shoot tidaklah dapat dijalankan seperti sebelum ini kecuali hujung minggu, itu pun jika tiada program lain. Untuk hari ini sempatlah juga Ummi shoot gambar menu tengahari tadi iaitu Nasi Tomato Berlauk. Ia agak berlainan sedikit daripada Nasi Tomato biasa kerana Ummi campurkan dengan isi ayam dan sayuran di dalamnya serta dihidangkan hanya bersama 'romainne lettuce' dan 'deep fried oregano chicken' yang mana sudah cukup mengenyangkan perut anak-anak Ummi. Memandangkan mereka suka ayam goreng, jadi Ummi pun malaslah nak memasak lauk-pauk yang remeh kerana pasti tak habis nanti dan jika disimpan, keesokan harinya dah tak sedap lagi.
Resepinya Inshaallah akan Ummi bagi kemudian kerana hari ini memang tidak sempat nak tulis....harap maaf ye!
Cuci-cuci matalah dulu ye.....!
Jemput makan semua....Alhamdulillah....syukur atas nikmat Allah swt...
Comments
Post a Comment