Sekalung Penghargaan Buat Lina..


Assalamualaikum…

Terasa tak rajin pulak nak post resepi…sebenar sebab research tentang fakta makanan tersebut belum siap.Kalau dulu just post aje tanpa ada fakta tapi saya inginkan kelainan daripada blog2 yang lain.Di samping itu untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada yang lain2 di luar sana tu..

Kenapa saya berminat untuk menjadi blogger? Sebenarnya dunia blogging ni masih teramat baru buat saya. Sebelum ini macam mana rupa blog pun tak tahu sehinggalah rakan baik saya Blogger Lina( Enjoy your life don't endure) mengundang saya ke blognya. Saya pun tinjau2lah blog dia…wah!menarik juga, lepas tu ter’visit’ blog masakan yang lain, tak ingat siapa dia. Terdetik di hati, kalau saya punya blog seperti ini, best juga tapi tak pandai nak buat blog. Lina pun menggalakkan juga, so dengan tunjuk ajar dia terhasillah blog yang masih perlu banyak diperbaiki ini. Apa2 pun terima kasih yang tak terhingga buat sahabatku Lina yang mencetuskan idea dan memberi galakan.

Kini hati terasa puas apabila dapat ‘post’ sesuatu setiap hari dan semakin ‘addicted’ pulak tapi rasanya ketagihan ini sesuatu yang berguna kerana setiap hari saya akan berusaha memasak atau menyediakan sesuatu untuk di’post’kan walaupun tidak ramai yang ‘follow’ blog saya ini.

Bukannya kemasyhuran atau menjadi blogger terkenal yang menjadi objektif saya. Tidak juga menetapkan target untuk mendapatkan ‘followers’ atau ‘visitors’ beribu, jauh sekali berjuta, blog ini hanyalah sebagai diari kehidupanku untuk tatapan anak-cucu di kemudian hari. Inikan zaman moden, zaman ICT, kita gunakanlah teknologi ini..takkan nak menulis di dalam buku diari lagi kot…namun begitu, tidak menjadi halangan kepada yang sudi singgah atau ‘follow’ blog saya ini…amat saya hargai dan berterima kasih. Itulah sebabnya saya rasakan perlu diperbaiki blog ini dari masa kesemasa, perlu dipadatkan dengan ilmu supaya ramai yang mendapat munafaatnya. Pandangan dan kritikan anda semua amat dialu2kan.

Lastly, thank you so much my dear friend Lina…wish you all the best!

For you Lina...

Comments

  1. Salam noor - terharu nyer....saya buat apa yg saya fikir baik :) ..mmg akan menjd addicted pd satu tahap....lepastu rasa malas nak update tambah kerja yg byk....tp tak apa ni semua kenangan yg tak boleh dtg kembali....setiap apa yg belaku yg telah kita coret kan kat blog ni....yg pasti anak2 boleh baca :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ina...saya harap akan terus menulis dan memasak demi untuk 'polish' balik ilmu2 yg tlh tertinggal tuu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts