Sup Ayam Limau Purut


Assalamualaikum...apa khabar semua? Lama dah tak bersiaran dari dapur Ummi.Busy sikitlah dengan tugasan harian yang tak pernah habis, so tak sempatlah nak upload resepi untuk anak2 Ummi ni.

Hari ni ummi nak kongsikan menu sup ayam limau purut. Since banyak stok daun limau purut dalam fridge tu, drp rosak begitu je, lebih baik digunakan.Lagipun ummi memang sukakan aroma daun tu...

Hari ni masak pun ikut apa2 stok yg ada...ayam pun guna drumstick yg di potong2 je...so jom kita mula.

Bahan-bahan:

500 gm ayam yg dipotong2 kecil
8 keping daun limau purut
1 inci halia- diketuk
6 ulas bawang putih- diketuk
2 kiub pati ayam
Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga- sikit2 je sbb nakkan lebih aroma daun limau.
Air dan garam secukupnya
1 tangkai daun sup-dihiris
1 biji bawang besar-dipotong2




Sambal Kicap:

6-7 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
Kicap manis secukupnya

~ Tumbuk cili dan bawang putih, kemudian masukkan ke dalam mangkuk,masukkan kicap manis dan perahkan limau kasturi.

Cara-cara:

~ Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan semua bahan kecuali garam dan daun sup.

~ Renihkan di atas api yg sederhana sehingga ayam empuk.

~ Tambah garam sekiranya kurang masin.Tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi,lauk-pauk dan sambal kicap.


Jemput makan anak2...

Comments

Popular Posts