Lempeng Kelapa Dan Pisang


Assalamualaikum...hai nampaknya ramai lagi yang masih bercuti ye..Alhamdulillah, kami pun dah selamat kembali ke rumah setelah 2 hari pulang menziarahi orang tua yang sakit di kampung.Ni musim ahli keluarga yang ditimpa kecelakaan belaka...berturut2 3 orang patah..ada yang patah kaki, ada yang patah tulang belakang dan ada yang patah tangan, sabar jelah...paling teruk aku diduga dengan hubby yang patah tulang belakang, lepas tu mak pulak sakit batu karang dan mak mertua pulak patah tangan..kesemuanya menuntut perhatianku..semuanya berturut2 dalam masa beberapa minggu ni..belum lagi hilang penat menguruskan hubby..dah tiba dugaan baru...Alhamdulillah, aku redha..terima jelah..

Apa2 pun aku masih sempat lagi berkongsi resepi dengan kawan2, Alhamdulillah..tapi hari ni nak buat yang senang2 jelah..penatlah tapi nasib baik USANA banyak membantu kehidupanku, kalau tak memang 'flat' dengan semua dugaan ini.

Oklah, resepi hari ni lempeng kelapa dan pisang. Terpanggil nak buat kerana kebelakangan ni asyik hujan dan banjir, teringat zaman kecik2 dulu makan lempeng panas2 waktu hujan, memang best.

So mari kita mula..

Bahan-bahan:

8-10 biji pisang emas@berangan@cavendish-lecek
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 biji kelapa parut muda-ambil putih sahaja
3 sudu besar tepung gandum
Sedikit butter @ marjerin


Cara-cara:

~ Lecek pisang hingga hancur, masukkan gula, garam dan tepung, gaul rata.

~ Kemudian masukkan kelapa parut, gaul lagi hingga sebati.

~ Lenserkan butter @ marjerin di atas non-stick pan dan tuangkan 1 senduk adunan lempeng tadi.Rata2kan supaya berbentuk bulat.

~ Apabila telah keperangan, terbalikkan, masak lagi hingga perang.Kemudian angkat.

~ Hidanglah ikut citarasa anda sendiri.


Mudah jekan? Jemputlah makan...

Comments

Popular Posts