Natural Moisturiser

Assalamualaikum wbr..
Salam sejahtera..

Agak lama juga saya tidak berkongsi maklumat di sini. Alhamdulillah, hari ini diberi peluang. 

Memandangkan saya baru habis menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi, kulit saya menjadi agak kering. Tambahan pula disebabkan kesan sampingan ubat kemo yang perlu saya makan setiap hari selama 2 tahun.




Kulit saya perlu sentiasa lembab agar tidak mudah gatal. Puas saya mencari krim atau losyen yang sesuai, namun belum dijumpai. Saya membuat sedikit kajian di internet dan menjumpai cara-cara untuk membuat krim pelembab sendiri yang pastinya tiada bahan kimia digunakan. Bahannya pun tidak banyak dan sangat mudah disediakan cuma harga bahan agak mahal. Walau bagaimanapun ianya berbaloi untuk kesihatan jangka masa panjang.

Jom kita lihat cara pembuatannya.

Bahan yang diperlukan:

1/2 cawan minyak kelapa dara
1 sudu teh minyak Vitamin E
12 titik minyak pati Lavendar atau apa-apa minyak pati kesukaan

Cara penyedian:

Sediakan sebuah mangkuk berisi air panas.

Letakkan mangkuk kecil atau gelas di dalam mangkuk air panas tadi.

Masukkan minyak kelapa dara dan biarkan ia mencair sedikit. Kemudian tambahkan Vitamin E dan minyak pati. Kacau sehingga pekat.



Apabila telah pekat, masukkan ke dalam balang kering yang telah disteril untuk simpanan. Simpan di tempat yang kering dan dingin. Jangka masa penyimpanan boleh mencecah sehingga setahun jika aspek kebersihan dijaga semasa proses pembuatan dan penyimpanan.




Khasiat bahan-bahan:

Lavendar

Kebaikannya adalah untuk menenangkan saraf, merawat sakit kepala, meningkatkan kualiti tidur, membasmi luka dan ulser, merawat keresahan,   meredakan sakit selepas pembedahan, selsema dan virus yang lain, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan otot dan penyakit lain.

Vitamin E

Banyak khasiat Vitamin untuk tubuh badan kita. Di dalam hal ini ia membantu melindungi kulit daripada kesan radikal bebas yang merosakkan kulit, menganjalkan kulit, mencegah penuaan kulit, mencegah risiko kanser kulit, melembabkan, menghilangkan tompok gelap, melindungi kulit daripada sinaran UV, membantu membersihkan kulit dan merawat kesan sembab di bawah mata serta menanggalkan kosmetik.

Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi kulit kita. Ia juga mengandungi khasiat-khasiat lain seperti bertindak sebagai perisai tambahan daripada sinaran ultra UV, meremajakan kulit, melindungi daripada jangkitan kuman, 
kulat dan virus, mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru serta menganjalkannya.


Mudah sahaja cara membuat krim pelembab ini bukan?

Mari kita buat sendiri.


Comments

  1. Assalamualaikum akak.sy baru hari terpanggil membaca blog akak.sy suka tgk cara hidup akak.mcm mana keadaan akak skrg..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak.sy baru hari terpanggil membaca blog akak.sy suka tgk cara hidup akak.mcm mana keadaan akak skrg..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Wow suka la dengan resepi buat krim sendiri ni. Sis nak tanya, bahan2 tu nak beli di mana?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts