My 4th.Chemotheraphy

Assalamualaikum wbr...dan salam sejahtera buat semua...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana masih diberi peluang untuk menulis entri ini sebagai perkongsian dengan rakan-rakan 'silent' yang mengikuti perkembangan saya. Terima kasih diucapkan kepada semua...

Pada 1/4/ 2015 yang lepas saya telah selamat menjalani kemoterapi yang ke 4 tanpa ada sebarang masalah. Kali ini hari ke 8 cycle ke 2. Selepas itu saya berehat selama 2 minggu dan akan kembali ke hospital semula pada 14/4/15 akan datang untuk ujian darah dan keesokan harinya akan memulakan kemo cycle ke 3 hari pertama.

Pada kali ini ujian darah menunjukkan penurunan paras heamoglobin dan sel darah putih. Doktor memberikan suntikan ubat bagi menaikkan sel darah putih dan sejak kemo pertama lagi saya telah dibekalkan ubat penambah sel darah merah juga namun penurunan sebegitu adalah normal bagi pesakit yang menjalani kemoterapi. Walaupun saya amalkan pemakanan berkhasiat akan tetap ada penurunan dari masa kesemasa cuma jangan sampai ke paras yang terlalu rendah sehingga kemo terpaksa ditangguhkan. InshaAllah, saya akan jaga pemakanan sebaik mungkin dan makan juga makanan-makanan yang membantu menaikkan sel darah merah dan putih. Lain-lain kesan sampingan tiada dan kehidupan masih seperti biasa...

Sekian coretan untuk hari ini..hingga ketemu lagi...take care everyone!

Comments

Popular Posts