Banana Yoghurt Marble Cake

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera....

Apa khabar semua anak-anak Ummi dan teman-teman? Wah! Lama sungguh dah Ummi  tak update blog ini...macam dah tak minat berblog saja...ehh! Taklah...masih suka dan minat tapi masa tak mengizinkan.Ada ketika tu nak sangat post sesuatu tapi bila mengenangkan tugasan yang tersedia menanti...Ummi lupakanlah dulu...hari ini rasa teringin nak update sebab dah lama tak tengok blog ni...




Macam-macam dah kawan-kawan blogger  update blog masing-masing....teruja tengok hasil masakan masing-masing...hari ini Ummi buat kek yang biasa-biasa saja, nak menghabiskan stok pisang yang ada.Ni kes mencampur-aduk bahan-bahan yang ada....hasilnya jadilah kek ini...hehehe...


Banana Yoghurt Marble Cake

Bahan-bahan:

3 biji pisang berangan-dilecek 
4 biji telur gred B
370 gm tepung gandum-ayak
1 sudu teh serbuk penaik-ayak
300 ml yogurt
200 gm gula kastor
250 gm mentega
1 sudu teh esen vanila
Chocolate chips 

Cara-cara:

~ Panaskan ketuhar 170 darjah celsius selama 10 minit.
~ Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
~ Masukkan telur satu persatu. Pukul sebentar.
~ Tambahkan esen vanila.
~ Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek.Kaup dan balikkan.
~ Setelah sebati masukkan pula tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.Kaup dan balikkan.
~ Akhir sekali tambahkan yogurt, kaup dan balikkan lagi. Bahagi kepada 2 bahagian.
~ Warnakan setiap bahagian dengan warna coklat dan hijau. Masukkan chocolate chips ke dalam setiap adunan.
~ Kemudian tuangkan adunan tersebut berselang-seli ke dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega.
~ Bakar selama 45-50 minit bergantung kepada kepanasan ketuhar masing-masing.
~ Sejukkan di atas redai kek sebelum dipotong.

Sesuai dihidangkan semasa minum petang atau  jamuan keraian. Selamat menjamu selera, jemput minum semua!

Comments

Popular Posts