Keajaiban Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Batu yang telah dikeluarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Wah! Masing2 tu berkobar2 semangat nak balik kampung ye! Selamat berhari raya dari Ummi dan semoga selamat tiba di destinasi masing2, InshaAllah.

Pada hari ini 27 Ramadhan 1432, sekali lagi Ummi nak kongsikan cerita berkenaan batu hempedu. Jika telah membaca kisah yang Ummi tuliskan sebelum ini berkenaan masalah batu hempedu yang dihadapi oleh suami Ummi, anda pasti dah faham. Ummi pun malaslah nak ulang siaran, kalau nak tahu bacalah di 'post' Alhamdulillah...

Gambar diatas adalah bukti bahawa Allah mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Berkat doa kami yang tidak putus2 memohon keajaiban Allah sempena Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini, Allah telah menemukan kami dengan orang yang hebat dengan keizinanNya jua...telah dapat mengeluarkan saki-baki batu hempedu yang telah bergerak ke pankreas suami Ummi. Sekiranya terlewat sedikit dikeluarkan batu tersebut, suami Ummi akan mengalami 'acute pancreatitic' sekali lagi yang mana komplikasi kali ke dua akan lebih mudarat daripada kali pertama. Itu yang amat ditakuti oleh doktor.

Alhamdulillah, berkat pertolongan rakan2 yang mencadangkan suami Ummi pergi menemui orang tersebut...InshaAllah selesai sudah masalah suami. Namun beliau akan tetap berjumpa doktor semula pada 20hb.Sept.2011 nanti untuk menjalani MRI/MRCP sekali lagi bagi pengesahan terakhir.

Jadi di sini Ummi nak kongsikan sedikit berkenaan perawat tersebut. Beliau tinggal di Melaka, sudah memang terkenal di Malaysia, Singapura, Indonesia mahupun Thailand dengar khabarnya.Jika ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang mahu mendapatkan rawatan daripada beliau, berikut adalah alamat dan nombor telefon untuk dihubungi:
Haji Jamil- Batu 7 1/2,Kampung Gangsa, 76100 Durian Tunggal, Melaka.Nombor telefon: 017 601 7296, 016 642 7942 dan 012 625 4454.Kos rawatan adalah seikhlas hati, manakala kos untuk ubatan adalah RM50.00. Sila bawa sekali botol air kosong saiz 5 liter.

Comments

Popular Posts