Alhamdulillah!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....apa khabar? Harapan Ummi agar semuanya berada dalam sihat sejahtera di penghujung Ramadan ini dan dapat menunaikan ibadah puasa dan ibadah2 lain dengan penuh khusyuk dan ikhlas demi meraih keberkatan,keampunan dan limpah nikmat dari Allah s.w.t. Mudah2an Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, InshaAllah.

Alhamdulillah bagi Ummi Ramadan kali ini penuh dugaan yang mungkin agak sukar bagi sesetengah orang untuk menempuhinya. Namun berkat persediaaan mental dan fizikal serta semangat berdikari, Alhamdulillah dapat Ummi tempuhinya dengan tenang dan sabar.

Pada 7hb.Ogos 2011 yang lalu suami dimasukkan ke wad di Ampang Puteri Speacialist Hospital akibat komplikasi batu karang di dalam pundi hempedu yang menyebabkan beliau mengalami 'acute pancreatitic' yang kritikal (kalau orang tua dah masuk ICU, dan 50-50 hidup mati berserta jaundice akibat kegagalan fungsi hati.' Simptonnya sama seperti gastrik, yang beliau sangkakan gastrik sejak 10 tahun lalu, doktor juga mendiagnos beliau hanya mengalami gastrik biasa tetapi apabila 1 minggu tiada kesan apabila makan ubat gastrik dan setelah kesakitan amat sangat, kami terus ke hospital dan doktor pakar pada pandangan pertama sahaja sudah menjangka akan masalah suami itu amat kritikal, X-ray, CT Scan dan MRI/MRCP mengesahkannya.Pengajaran di sini...apabila penyakit tidak baik2, janganlah terus menemui doktor di klinik biasa berulang kali, pergilah jumpa doktor pakar di hospital, biarlah kita bayar mahal sedikit asalkan doktor tidak memberi diagnos yg salah.

Mengikut kata doktor, suami perlu melalui ERCP-skop untuk mengeluarkan batu yang tersangkut di 'bile duct' dan kemudian akan melalui 'open operation' untuk membuang pundi hempedu. Namun berkat usaha dan doa, prosedur pertama tidak jadi dilakukan kerana batu telah keluar sendiri yang mana doktor katakan adalah mustahil untuk keluar sendiri.

Pada 17hb.Ogos yg lalu beliau dibenarkan pulang bercuti di rumah sehingga lepas raya, prosedur kedua akan dilakukan selepas raya sekiranya masih ada batu di dalam pundi hempedunya. Sementara bercuti di rumah ini kami mengambil kesempatan untuk menggunakan cara semulajadi mengeluarkan batu dari pundi hempedu dengan menggunakan minyak zaitun dan jus lemon, yang terbukti berkesan pada kali pertama beliau melakukannya. Harapan kami pada kali ini agar kesemua batu tersebut dapat dikeluarkan sebelum beliau perlu kembali semula ke hospital pada 20hb.Sept2011 akan datang.


Sementara itu, pada 11hb.Ogos 2011 semasa suami masih bergelut dengan kesakitannya, anak sulung Ummi yang berusia 12 tahun pula terpaksa dimasukkan ke wad akibat appendik. Beliau menjalani pembedahan membuang appendik pada keesokkan harinya dan terpaksa berehat di wad selama 4 hari. Apabila beliau dibenarkan keluar wad, Ummi hanya masukkan beliau ke wad bapanya kerana tiada orang yang akan menjaganya di rumah....

Dugaan melanda lagi, apabila adiknya yang berusia 9 tahun pula terpaksa dimasukkan ke wad pada 15hb.Ogos akibat keracunan makanan, berulang-aliklah Ummi dari tingkat 5 ke tingkat 6 untuk menjaga ketiga2 orang pesakit. Hanya Allah yang tahu kepenatan ketika itu, namun hati tetap tenang dan sabar. Ummi tidak memikirkan perkara2 negatif, hanya menerima apa sahaja yang Allah nak berikan ketika itu. Dengan cara itu kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa, tidak gelabah atau panik. Kita kena 'flexibel' dengan situasi kita pada masa itu dan tidak boleh mengharapkan kesenangan seperti biasa atau mengharapkan pertolongan orang lain semata-mata, kita perlu mempunyai semangat berdikari yang tinggi. Alhamdulillah, dapat Ummi lalui semua dugaan tersebut dengan baik dan Ummi anggap ini adalah rezeki yang Allah berikan di dalam bulan yang mulia ini, Ummi amat yakin akan ada kebaikan dan rezeki yang melimpah-ruah dari Allah s.w.t selepas ini dan sudah nampak rezeki yang Allah ingin berikan sebaik pulang ke rumah pada 17hb.Ogos yang lepas.

Memanglah tahun 2011 ini tahun dugaan buat kami, sudahlah pada 9hb.-21hb.Jan 2011 yang lalu suami terlantar di wad yang sama akibat patah tulang belakang 'lumbar 1' kerana terjatuh dari kudanya. Baru 2 bulan kembali aktif bekerja, sudah diduga sekali lagi...Alhamdulillah...

Iktibar dari kisah ini, Ummi dapati peyembuhan suami(bagi patah tulang dan batu karang agak ketara kerana beliau telah mengamalkan pemakanan kesihatan yang paling baik di dunia sejak 4 1/2 tahun yang lalu, oleh yang demikian, batu2 tersebut mulai pecah dan bergerak keluar dari pundi hempedu, cuma nasib tidak baik ia tersangkut di 'bile duct' dan mengakibatkan kegagalan fungsi pankreas dan hati. Di samping itu, sistem imunnya yang tinggi menyebabkan beliau tidak pernah demam dan pankreasnya dapat kembali normal dengan cepat berbanding pesakit2 lain, hal ini juga membuatkan doktor agak berlembut dengan beliau sehingga boleh dibuat kawan kerana pada pandangan doktor adalah amat mustahil untuk batu itu keluar sendiri..oleh sebab itu, doktor tidak memaksa beliau menjalani pembedahan.

Melalui pengalaman ini, Ummi ingin berkongsi dengan rakan2 di luar sana, jika ada ahli keluarga atau rakan2 yang mengalami masalah batu karang di dalam hempedu, janganlah terlalu mudah untuk membenarkan doktor melakukan pembedahan membuang pundi hempedu kerana setiap organ yang dijadikan Allah itu ada fungsinya dan ada cara yang selamat tanpa pembedahan untuk mengeluarkan batu2 tersebut.Sila search di 'you tube'-'how to flush gallstones the natural way?'

Sekianlah perkongsian daripada Ummi buat kali ini...sekiranya ada sesiapa yang ingin maklumat lanjut berkenaan masalah batu karang di dalam pundi hempedu, silalah hubungi Ummi di talian yang tertera di sebelah...Wassalam dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.Terima kasih kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang mendoakan serta menziarahi bersama buah tangan yang tak terbilang.Hanya Allah sajalah yang dapat membalas jasa kalian..




Comments

  1. Noor,
    This is the words of wisdom but to me the meaning of it resonates…love it very much…hope you too.


    I asked for wisdom but Allah give me problems to solve
    I asked for prosperity, but Allah gave me brain and brawn to work
    I asked for courage, but Allah gave me danger to overcome
    I asked for love but Allah gave me trouble people to help
    I asked for favours but Allah gave me opportunities
    I receive nothing I wanted
    I receive everything I NEEDED.

    Allah knows the best for us....Alhamdulilah Noor seorang yg benar2 redha dgn ketentuannya...

    ReplyDelete
  2. Ina,

    Thank you so much...raya di mana kali ni?Jemput datang rumah bila dah balik KL nanti ye!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts