Perjuangan Belum Berakhir...

Assalamualaikum… 

Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini. Perjuangan meneruskan kehidupan masih belum berakhir. Perjuangan semata-mata kerana Allah. Ingin saya tegaskan disini, ramai yang meminta saya kuatkan semangat dan berjuang untuk terus hidup demi anak-anak dan  keluarga..perjuangan yang utama adalah kerana Allah swt, seterusnya barulah untuk keluarga. Jangan kita lupa, segala musibah yang diturunkan kerana Allah mahu kita bersandarkan kepadaNya bukan kerana yang lain. Apabila hati sudah tetap kepada Allah, Inshaallah rahmatnya akan sampai kepada yang lain juga.




Ini saya 3 bulan lepas..sedang menikmati saat berharga bersama anakku...bukan ular tu ye! Nampak muka sedih atau seperti orang sakit ke? Tidakkan...ramai yang tidak percaya saya pesakit kanser kerana saya kelihatan aktif ke sana ke mari. Alhamdulillah, semuanya hanya kerana izin Allah. Saya hanya berusaha, Allah menentukan segalanya. Just keep calm and positive thinking..saya akan kekalkan pemikiran itu sehingga bila-bila kerana pemikiran yang positif merangsang penyembuhan segera.

Semalam 21/2/15 saya masuk wad  untuk mula proses rawatan. Hari Isnin nanti  doktor akan pasang  'chemo port' di dada bagi memudahkan proses pemberian ubat chemo juga bagi mengelakkan salur darah di lengan menjadi rosak. Di samping itu memudahkan saya untuk bersolat. 

Bila sudah masuk wad pelbagai prosedur perlu dilalui.  Saya ingin berpesan kepada rakan-rakan yang sering keluar masuk wad agar bijak dan tidak membiarkan pihak hospital melakukan prosedur yang sama atau tidak perlu berulang kali seperti contoh ujian darah, ujian air kencing dan pemasangan IV drip. Sekiranya baru seminggu atau beberapa hari yang lepas sudah buat ujian darah kemudian kita  discharge dan beberapa hari selepas itu kita masuk semula, tidak perlulah kita lakukan ujian darah lagi.Perlu juga kita ambil tahu ujian-ujian yang dijalankan untuk apa.Begitu juga dengan ubat-ubatan yang diberi, ambil tahu namanya, fungsi dan kesan sampingannya.

Sekian dulu perkongsian hari ini...agak sukar nak update menggunakan handphone ni...Mohon rakan-rakan doakan saya...terima kasih.

Comments

Popular Posts